Artis / Selebriti
” Maaf YB, berdekah aku gelak. Awat kaku gitu, apa-apa pun good job.. ” – Komen Netizen
Video penuh Bella Astillah dan YB Syed Saddiq menari sempena Pesta Keamatan buat ramai terhibur. Wah ada banyak tarian rupa-rupanya. Comel lah YB Saddiq menari. Part last tu sampai terjatuh YB yer. Kelakar betul, hehe..
Menerusi perkongsian terbaru Bella Astillah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella dan YB Syed Saddiq menari kepelbagaian jenis tarian suku kaum Sabah. Ianya bersempena pesta keamatan yang akan disambut tidak lama lagi.
YB Saddiq dan Bella mengenakan pakaian tradisional dan menari mengikut adat suku kaum yang mereka gayakan. Kata Bella, ianya kali pertama dia berkolaborasi bersama YB Saddiq untuk tarian seperti ini. Walaupun ianya bukan lah tarian yang sempurna daripada YB Saddiq tetapi ianya sangat menyeronokkan.
Tambah Bella lagi, dia bersyukur dan berterima kasih kepada YB Saddiq kerana kesudiannya untuk mencuba perkara baru. Bukan mudah untuk YB Saddiq menari seperti ini dan ianya di luar kebolehan YB Saddiq. Bella merasakan ianya sesuatu yang istimewa untuk dirinya atas usaha yang YB Saddiq tunjukkan.

Bella juga mengatakan YB Saddiq menari dengan sepenuh hati. Melihat tarian Bella dan YB Saddiq dari awal sehingga ke akhir, ianya cukup menghiburkan ramai warganet. Part last ketika YB Saddiq terjatuh tu paling comel. Bella pun hanya mampu tersenyum je.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Sumpah la gelak kitorang ni.. Kelakar lah YB.. Sampai ke Muar gegarnya YB haha.. tak apa YB, effort tu tiptop.. “
” Yb tahan napass ke waktu nari. Sbb last skli tu tgok macam lega betul dah habis.. Saya gelak sampai keluar air mata ni yb.. “
” Aduhaiiii nak ckp mcm kejam sgt kan tapi serius aku terhibur dgn YB. maaf tau bellaastillah.. Huhuhu.. “
” Bidayuh tu nak tergelak tengok YB.. Maafkan saya, tergelak sekejap.. kejung naw.. sorry YB.. “
” Maaf yb, berdekah aku gelak.. awat kaku gitu.. apapon good job.. akpe lah YB, YB mmg layak jadi menteri belia dan sukan je. kalau kebudayaan ni, saya takut org luar negara confius ni tarian ke senam robik version lelaki.. “
” Comelnya YB. Sorrylah asyik gelak tgk video ni. Nanti kalau dah kahwin boleh masuk Sehati Berdansa haha.. “
” Ya Allah YB… mata YB masa menari tu… hampir terkeluar yerrr… this is epic.. maafkan saya, tergelak sekejap.. “
Tergelak semua melihat YB Saddiq menari tetapi usaha YB Saddiq memang terbaik. Manalah Bella tak sayang, YB Saddiq selalu menjadi yang terbaik untuk Bella. Apa-apa pun, semoga semua pembaca terhibur menonton video perkongsian ini. Usaha lagi YB next time okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti3 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen

