Artis / Selebriti
” Lunak merdu dia tu, alahai. Tokti nyanyi lagu ni goosebump betul.. ” – Netizen
Video Persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu Hindustan Di Sebuah Majlis Makan Malam Raih Pujian Warganet. Fuhhh Suara Intro Tokti Pun Dah Meremang Dengar. Tokti Siap Joget Lagi. Tak Tidur Lah Abang Tu Dapat Berjoget Dengan Tokti, Hehe !!
Dato’ Seri Siti Nurhaliza dinobatkan oleh para peminat seni tanahair sebagai penyanyi nombor 1 negara. Aura yang dimiliki oleh figura bersuara emas ini sangat kuat. Baik yang tua mahu pun yang muda, hatta budak-budak pun menyukai DS Siti.
Meninjau akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan DS Siti dalam sebuah majlis makan malam. Kata DS Siti, dia memenuhi undangan penganjur dengan tema serta lagu yang diminta.
Pada malam itu, DS Siti menyanyikan lagu tema filem box office Bollywood iaitu Kabhi Khushi Kabhie Gham. Lagu ini nyanyian asal daripada Lata Mangeshkar dan antara lagu kesukaan ramai. Bukak mulut sahaja bergema suara merdu DS Siti.

Nyanyian yang merdu dan DS Siti ada lenggok hindustan yang mampu membuatkan semua mata tak lepas memandangnya. Bukan setakat menyanyi, DS Siti juga join penari berjoget sama. DS Siti punya persembahan seperti membuat konsert pula, hebat betul.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh DS Siti ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Power habangggggg.. suara yang melantun, terpukau satu dewan.. Perghh power betul. terbuai tau tengok tokti nyanyi lagu hindustan.. ”
” Awwww sedapnyaaa kakiti.. Kalau ada videographers mesti lagi cun jadinya.. show pun dah macam konsert.. ”
” Rindu suara power. bestnya nyanyi lagu favourite.. tokti pun cantik sangat.. tak tidur malam abng tuh malam tadi hehe.. ”
” Bakat suara yang tiada tandingan.. Mencabarr g1la lagu hindustan, itulah dia my number 1 singer.. ”
” Hebat… ni la level sebenar penyanyi no 1… pelbagai genre boleh nyanyi… semua bangsa suke… cantik sangat tokti.. ”
” Wah terbaik tokti nyanyi lagu hindi… Baru la gempak best-best baru ada kelainan good job tokti.. ”
” Best dengar, suara macam original singer lah.. lunak merdu dia tu, alahai rasa nak joget sama.. tokti ni kan serba boleh betul.. ”
” Intro tu merdu yakmat sampai nak nangis. Tokti nyanyi lagu nim goosebump betul. Sedap sangat lenggok hindustan tokti.. ”

Beri lah lagu apa pun, DS Siti pasti akan menyampaikannya dengan baik dan sempurna. Lenggok hindustan DS Siti ni sedap didengar. Beruntung lah semua yang berada di dalam dewan dapat mendengar suara live DS Siti. Yang pasti bukan hanya yang di dewan tetapi yang menonton video ini turut terhibur. Good job Tokti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



