Artis / Selebriti
” Lembut dah urat-urat saraf YB sekarang. Ni mesti YB belajar dengan Ara ni, hehe.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq menunjukkan kebolehannya menari Soda Pop buat warganet terhibur. Wah dah tak kayu lah, bukan main happy lagi muka tu. Ni mesti belajar dengan Ara Adreanna, comel betul YB berjoget macam tu, hehe..
Nama YB Syed Saddiq semakin menjadi sebutan ramai apabila hubungan dengan Bella Astillah semakin akrab. YB Saddiq juga banyak membuat ‘ kerja gila ‘ demi untuk mencari dana dan ianya disokong oleh Bella yang selalu ada di sisi. Dalam setiap tawaran duta produk untuk YB Saddiq, pastinya akan ada Bella bersama.
Sebelum ini, YB Saddiq dan Bella pernah melakukan satu video menari tarian orang Sabah dan ianya menghiburkan warganet kerana YB Saddiq agak kaku ketika menari. YB Saddiq sendiri mengakui tariannya kayu dan menari bukan lah satu bakat yang ada pada dirinya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq menunjukkan kebolehannya menari Soda Pop. Kali ini, tarian YB Saddiq mengagumkan ramai warganet kerana tidak lagi sekaku sebelum ini.

YB Saddiq kelihatan enjoy sahaja menggerakkan bahunya mengikut rentak lagu. Ramai yang memuji tarian YB Saddiq dan mengusik YB mengatakan ianya berkat ajaran Bella dan anak perempuan Bella, Ara Adreanna. Comel melihat YB Saddiq menari, ekpresi wajahnya itu yang ‘mahal’.
Jom tonton video di bawah :
@era.je ERA belanja la sikit video YB Syed Saddiq menari Soda Pop untuk tenangkan korang semua 💚 YB Syed Saddiq dan Team ERA dah excited nak buat lagi macam macam content! Tapi InshaAllah mungkin ada rezeki lain untuk kita bekerjasama 🫶🏻
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow rupanya Syed Saddiq pandai menari, cute je.. Apasal aku yang tersengih-sengih ni.. ara dan bella da hampir berjaya rosakkan sorg ahli parlimen yg garang sebelum ni.. “
” Siapa ajar YB ni, Ara ke haha.. Nasib klip skjb je klu lama sikit rasanya gerakan bahu yb dh jd lain.. Ara nnt ajar lagi uncle menari..bagus sudah tu tp kena ajar lagi.. “
” Aku tgk dia senyum lebar sejak viral bass….. Jika dulu tegang je muka dia di Parlimen.. aduh Bella jaga baik baik ini YB.. “
” YB kena masuk kelas ballet dengan Ara pasni. kasi lembut sket badan. tapi yang ni pun dah banyak improve dari sebelum ni.. hasil berguru dengan Ara ni hehe.. “
” Comel sangat YB kita, lembut dah urat-urat saraf YB sekarang.. dah nampak gaya step tu.. pandai ikut music dah.. “
” Bella selalu bagi vitamin.. bagi longgar urat2 ketat kaku tu haha.. yb pun tentu xmau kalah dgn lee min ho atau afgan.. “
” Aduh Bella apa sudah jadi dengan yb saddiq mu ini. macam mau jadi comel macam ayang bellanya.. ni mesti yb belajar dengan Ara ni hehe.. “
” Amboiii.. bukan main sekarang ni yerrr… dah pandai menari -nari siap goyang bahu bagai ni… mesti budak ni happy sangat niii. bertambah handsome n bergaya Yb sekarang yerrr.. “
Betul lah kata Spacedollah, YB Saddiq sedang melalui fasa bahagianya dan perubahan YB Saddiq ke arah lebih happy go lucky ini menjadi bukti. Semoga YB Saddiq terus berbahagia bersama insan tersayang dan success selalu dalam apa jua yang YB Saddiq usahakan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

