Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawanya mu Zira.. ” – Catriona Brian Ross

Penampilan Terkini Nabil Ahmad Dan Isterinya, Zira Ayub Raih Perhatian Peminat. Wah Nampak Ayu Sangat Zira Berhijab, Semakin Bertambah Cantik. Sejuk Mata Memandang  !!

Pengacara tersohor, Nabil Ahmad kini semakin ligat dalam bidang perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, Zira Ayub. Mengeluarkan produk makanan, produk mereka ini mendapat sambutan daripada peminat dan disokong rakan-rakan artis yang lain.

Meninjau akaun Instagram Nabil, telah dikongsikan sekeping gambar terkininya bersama Zira. Nabil terlihat sudah menyimpan janggut dan memakai kopiah di kepala, manakala Zira pula kelihatan semakin ayu dengan hijabnya. Nabil turut menulis di kapsyennya tentang beza dahulu dan sekarang.

Jika dahulu mereka sudah sibuk mencari makanan dan lokasi untuk sarapan pagi namun kini dengan adanya perkhidmatan pesanan, semuanya dihantar oleh rider sehingga ke depan pintu rumah. Penampilan Zira yang mengenakan hijab ini sudah disedari peminat sejak beberapa minggu lalu lagi.

Zira ada berkongsikan satu video Tik T0k bersama anaknya sebelum ini dan ketika ini juga Zira mengenakan hijab. Bekas pramugari Air Asia ini sememangya mempunyai raut wajah yang cantik dan putih. Pastinya penampilan terbaru Zira mendapat perhatian ramai.

Jom baca perkongsian di bawah :

Semakin cantik dan berseri-seri Zira dalam imej berhijab. Rata-ratanya memuji kecantikan dan keayuan wajah Zira. Antara komen-komen mereka :

” Lawanya mu Zira.. ” – Catriona Brian Ross

” Cantiknya Kak Zira, Alhamdulillah… Syukur pada rezeki dan nikmat kurniaan Allah… Semoga bang nabil terus success dan mendapat barakah dari Allah… Aamiin.. “

” Kak zira dh berhijab ke.. Alhamdulillah cantik. Wajah Ada nur, berseri-seri muka dua-dua. Moga semakin murah rezekinya.. “

” Rezeki Allah, dulu lain sekarang lain. Berkat agama, wajah berseri-seri je. Cantik sangat Zira bertudung.. “

” MasyaAllah indah mata tengok pasangan ni. Cantiknya zira berhijab, alhamdullilah. Semoga till jannah.. “

” Comelnya nabil dan wife berseri seri mcm tengah bercinta mcm zaman muda. ada Nur dimuka Abang Nabil dan Kak Zira.. “

” Alhamdulillah cantik Zira berhijab, Nabil pun bertambah hensem. Dua-dua ada seri di wajah, tenang tengok senyuman tu.. “

” Comel Zira, makin sweet dua-dua. Alhamdulillah sejuk tgk muka nabil dan wife. Semoga terus istiqamah dalam perubahan dan menjadi contoh terbaik kepada anak-anak yang sedang membesar.. “

Semakin terserlah kecantikan Zira dalam imej ini dan peminat juga mendoakan semoga Zira dan Nabil istiqamah sentiasa dengan perubahan ini. Walaupun Zira tidak memaklumkan samada dirinya berhijab sepenuhnya atau tidak, semoga segalanya dipermudahkan untuk Zira dan gembira selalu di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabil Zira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT