Connect with us

Artis / Selebriti

” Yemboy punya reaction tu, tak tahanlah.. ” – Netizen

Video Nad Zainal Melakonkan Semula Watak Juweta Dalam Drama Takdir Yang Tertulis. Namun Reaksi Anaknya, Fahad Ibrahim Buat Ramai Terhibur. Amboi Yem, Bukan Main Lagi. Dah Macam Netizen Juga !!

Jika anda mengikuti drama bersiri yang berjudul Takdir Yang Tertulis, pastinya anda mengetahui watak Juweta yang dilakonkan oleh Nad Zainal. Drama ini bersiaran di TV3 dalam slot Samarinda bermula 21 Januari 2021 menggantikan drama Bougainvillea.

Turut membintangi drama ini ialah Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Choong dan Didie Alias. Menerusi akaun Instagram, Nad telah berkongsi video ketika dia sedang menghayati watak Juweta sambil suami dan anaknya turut serta. Nad gemar menonton semula drama lakonannya supaya dapat memperbaiki lagi mutu lakonannya.

Watak Juweta merupakan wanita yang mal4ng kerana dikh1anati oleh suami dan rakan baiknya sendiri. Nad berjaya membawakan watak tersebut dengan begitu baik sekali kerana berjaya memberi kesan yang mendalam kepada penonton drama tersebut.

Nad juga mengakui bahawa dia turut berasa em0si apabila menonton drama tersebut sehingga terbawa-bawa wataknya itu ke alam realiti. Namun video yang dikongsikan oleh Nad telah membuatkan ramai terhibur apabila melihat reaksi anak Nad, Fahad Ibrahim apabila Nad cuba menjiwai watak tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah membuatkan ramai netizen tertawa. Reaksi anak Nad yang selamba dengan mimik mukanya menambahkan lagi rasa terhibur. Antara komen-komen yang diberikan :

” Buat youtube chanel skang. Aku tak tahan yemboy punya reaction tu. Abstu sape nk jadi Makcik Firaun hahaha. Amboi yem pun.. yem tolong bagi pendapat skit.. “

” Yem pon nk jgk bagi sepatah dua kata sebagai netizen. Yem tuu kenapa tuu . Eyhh ger4mmmm jek tgok gelagat si yem.. “

” Terbaik lakonan sis.. cute lah baby bump. si yemboi tu apesal somel sgt. Fokus kat yemboi punya reaction je. Eee comel betol yemboy ni, nk jgk tu jd netizenn hahaha.. “

” Suka tgk nad makin cantik sgt sekarang  apa rahsia. ok ni kelakar.. tak jadi nk em0si .. tu hanya cerita. pandai yemboy berlakon.. “

” Yemboi fhm ke tak fhm .. ahha.. ibu mengandung jgn emo2 sgt nanad .. Yg kcikk tu pandaii betul buat expression. Aarghh comeyyy.. “

” Masalah si yem tuh pun nk jugakk Hahahaha so cute. kita emosi g1la tgk takdir yg tertulis. geram je dgn mak si ila tu. rasa mcm heeee.. ‘

” Yemboiiii besar dah dia dah boleh jadi kawan sembang. Yemboy punya reaction tu… Tak tahan la… Suka la Yem… Berlakon la Yem .. “

Alahai, comel jer Yem memberi respon terhadap perbuatan ibunya. Macam boleh jadi pelakon lah Yem selepas ini. Ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Nampaknya Yem mewarisi bakat lakonan daripada ibunya. Kelakarlah Yem.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT