Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawanya adik Kak Sarah, ingatkan Izara tadi.. ” – Netizen

Gambar Puteri Sarah Liyana Bersama Adiknya, Puteri Nurasyikin Cur1 Perhatian Peminat. Wah Sekilas Pandang Dah Macam Kembar. Cantiknya Adik Sarah, Macam Kakaknya Juga !!

Memiliki wajah yang cantik dan kulit putih gebu, kecantikan Puteri Sarah Liyana seringkali dipuji oleh peminat. Suatu ketika dahulu, Puteri Sarah pernah menyepi seketika daripada dunia seni namun kini Puteri Sarah kembali aktif dan muncul dalam banyak drama.

Jarang untuk melihat Puteri Sarah berkongsikan perihal peribadi selain kerjaya seninya di media sosial. Meninjau akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, telah dimuatnaik sekeping gambar Puteri Sarah bersama adiknya, Puteri Nurasyikin.

Melihat akan wajah adik-beradik ini, sama-sama cantik itu yang dikatakan oleh peminat di ruangan komen. Baik Puteri Sarah mahupun Puteri Nurasyikin memiliki sepasang mata yang cantik. Bentuk bibir dan hidung mereka juga nampak serupa.

Ada juga pertanyaan daripada peminat yang bertanya apakah mereka kembar kerana nampak begitu seiras. Puteri Sarah juga men1nggalkan pertanyaan buat peminat di kapsyennya bertanyakan siapa adik dan siapa kakak dalam gambar ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Puteri Sarah ini mendapat lebih 8000 likes daripada peminat sehingga kini. Pujian diberikan peminat untuk adik dan kakak ini. Antara komen-komen peminat :

” Haha tak sempat teka dah ada jawapan. ok dua dua manis macam chocolate cadbury. comel cantik dua-dua.. “

” Cunnn nya adik, dua dua pun lawa sangat… Looking Young and Beautiful. Dua-dua comey lotey.. “

” Ingatkan izara , yang kanan kakak yang kiri adik. Dua-dua segak, cantik nya adik kak sara.. Wah sama cantik. twins ke ni. Bel4h kiri adikkk, dua dua cantik cmne nii hehe.. “

” Lawanya adik kak sarah.. muka instapemes. pernah jumpa akak dekat persada johor tak ingat tahun bila. cantikkk sangat serius tengok depan depan.. “

Sekitar tahun 2020, Puteri Sarah pernah berkongsikan gambarnya bersama adik beradiknya yang lain. Buat makluman, Puteri Sarah merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Lihat sahaja wajah mereka, semuanya cantik dan kacak.

Ibu Puteri Sarah juga cantik orangnya, maka tidak mustahil Puteri Sarah dan Puteri Nurasyikin mewarisi wajah cantik ibu tersayang. Apa-apa pun, semoga kedua-dua jelitawan ini success selalu dalam apa jua bidang yang diceburi dan dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..

Sumber : Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT