Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawak Tok Ram, buat Amir cuak je, haha.. ” – Netizen

Selamba Je Tok Ram Tanya Adik Amir The Chosen One ‘Dah Sunat Ke Belum’ Masa Amir Tengah Menyanyi. Adoi Lawak Lah Tok Ram Ni, Seriau Amir Tau. Cikgu Adik Amir Pun Nervous Tok Ram Duk Usha Amir Rapat, Hehe !!

Beberapa hari yang lalu, bintang baru yang semakin dikenali ramai, adik Amir The Chosen One telah pun dijemput untuk menyanyi di program All Stars Gegar Vaganza Live Plus. Menyanyikan lagu Untukmu Ibu, Adik Amir juga ditemukan dengan Mamat Exist dan Ezad Lazim pada malam tersebut.

Meninjau akaun Tiktok Termoj Production Dan Amir Sisi, telah pun dikongsikan satu video yang memaparkan adik Amir sedang menyanyi. Tertulis pada video tersebut ayat berbunyi ‘ Tengah nyanyi Tok Tam tanya dah sunat ke belum’. Alahai Tok Ram, sempat lagi mengusik adik Amir.

Oleh kerana muzik yang kuat, kedengaran sayup-sayup sahaja suara Tok Ram bertanya dan cikgu Amir menjawab ‘sudah’. Mujur lah Amir sudah pro, walaupun kena usik, menyanyi tetap diteruskan. Tersenyum sahaja Amir sambil menghabiskan lagunya itu. Pasang telinga nampaknya Tok Ram mendengar suara Amir tu.

Pada ruangan kapsyen pula diceritakan guru Amir pun nervous ketika itu. Mana tak nya, Tok Ram ‘usha’ rapat adik Amir tetapi selepas itu Tok Ram melayani adik Amir dengan mesra. Pengalaman baru untuk Amir dan nampaknya nama Amir semakin gah. Bukan setakat di pentas The Chosen One, dunia realiti pun nama Amir menjadi sebutan.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@amir.sisiunukoffi

Masa ni cikgu yang neves,Tok Ram usha rapat je Amir,tapi Tok Ram sporting layan Amir lepas tu#amirsisi #tco #fypシ #berandatiktok #ohibu#termojproduction

♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tok Ram pun faham.. Tunggu-tunggu dekat pukul 12 baru Amir nyanyi.. kesian Amir mesti pen4t.. ”

” Style lah Amir tangan masuk dalam kocek.. fuh bergaya tu.. Alhamdulillah rezeki Amir.. terbaik lah Amir.. ”

” Wow Amir jumpa tok ram lah.. Haha yela takut suara akan berubah nanti haha.. padu adik amir.. tok ram pun usha rapat tu.. ”

” Steady je dia nyanyi sebelah tangan pegang microphone, sebalah tangan lagi dalam kocek seluar.. Hati-hati Amir, telinga tokram tu dah macam ai.. ”

” Lawak Tok Ram haha.. buat cuak Amir je ni. Adik Amir memiliki bakat yang natural tak perlu banyak sangat gilap. suara yang lunak alunan yang lunak, the best adik Amir.. ”

” Hahah Tok Ram, tok ram kalau melawak dengan orang takpe. cuba kita melawak dengan dia, mahu melayang kerusi haha.. ”

” Adui tokram, soalan pun haha. atok pun ada tanya cucu macam tu haha.. orang tengah feel nyanyi tu haha.. sengih jela Mir haha.. ”

Kejadian-kejadian di belakang tabir yang tidak dipertontonkan di kaca televisyen, memang lawak Tok Ram ini. Sempat menyakat si Amir, dalam serius Tok Ram ada lawaknya. Apa-apa pun, persembahan Amir pada malam itu memang power. Semoga terus maju jaya Amir.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amir Sisi Official, Tiktok Termoj Production, IG Amir Sisi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT