Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah kahwin pun halal gap lagi. Comel je.. ” – Netizen

Lakonan Semula Babak Viral Dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Gelagat Sabri Yunus Dan Angeline Tan Raih Perhatian Ramai. Alahai Menggamit Kenangan Betul, Comel Dua-Dua Malu-Malu Walaupun Dah Kahwin. Part Cakap ‘ I Love You’ Tu Sweet Betul !!

Selepas berlangsungnya perkahwinan Sabri Yunus dan Ardini Angeline Tan, banyak babak-babak lakonan pasangan ini dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah tular di media sosial. Kebanyakkannya ialah babak sweet antara Lucy lakonan Angeline bersama Wan Ismail Golok lakonan Sabri.

Meninjau ke akaun Instagram Harian Metro, perkongsian sebuah video yang mana pasangan ini diminta melakonkan semula babak tersebut telah meraih perhatian ramai. Malah pasangan ini juga sangat sporting dengan melakonkan semula babak tersebut.

Pastinya babak ini banyak menggamit memori kita pada masa lalu dan ada juga yang berharap drama komedi ini ditayangkan semula di kaca televisyen. Walaupun pasangan ini sudah sah bergelar suami isteri, masih nampak malu-malu apabila melakonkan semula babak ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Siapa sangka dahulunya watak mereka suka usik mengusik dalam babak drama kini sudah menjadi pasangan suami dan isteri.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan netizen. Rata-ratanya amat menyukai pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Pi mai pi mai tang tu siaran waktu mlm.byk kali tgk.lawak diorang pun sempoi je.time tu sy sekolah rendah dan sekolah menengah .last episod tahun 2004.. “

” Takde ke ulangan sitcom pi mai tang tu. Teringin nak tengok. syg betui dua2 ni moga bahagia sampai syurga aamiin yrb .. “

” Bestnya berdua ni… dari dulu pi mai pi mai tang tu.. pun minat… Skg lagi la.. dah sama2 kawen. Alhamdulillah.Semoga bahagia ke Jannahtul Firdausi ALLAH SWT. Aamiin Ya Rabbalalamin. Aameen YA ALLAH.. “

” Zmn 90an dduk depan tv dgn mak ayah layan.. Lucu pulak saye tengok abang dan kakak ni, so sweet walaupun dah usia sebegini.. “

” Saya kecik lagi kalau 90an tu.. Alhamdulillah… Moga Allah swt Rahmati dan Berkati mereka berdua .. Semoga bahagia hingga ke syurga.. “

” Paling best scene pantun  rindu zaman2 90an pimai pimai tang tu. Zaman sekolah rendah time tu.. sebab tengok cite pimai masa kecik2 dulu la taste abam pun muka2 amoi.. chinese look.. Varrhahaha.. “

” Depa dh bahagia. Aku bila lagi.. Dah kawen pun halal gap lagi.. Comel je.. Comey.. wedding of the world in syaa Allah.. “

Begitu indah jalan cerita pasangan ini. Walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, namun akhirnya bertemu jodoh juga. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina oleh Sabri Yunus dan Ardini Angeline Tan berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa dilimpahi rasa bahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hmetro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT