Artis / Selebriti
” Kreatif betul Maryam ni, bagus idea ni.. ” – Netizen
Video Maryam You Narae Kongsi Cara Membuat Hadiah Low Budget Untuk Suami Raih Perhatian Ramai. Wah, Memang Menarik Dan Kreatif. Ryzal Pun Tak Sangka Sampai Ketawa Besar Dibuatnya !!
Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian sebuah video yang memaparkan Maryam berkongsi cara membuat hadiah ‘ low budget ‘ untuk suami telah meraih perhatian ramai. Maryam menghadiahkan kepada suaminya, Nik Ryzal sempena hari lahir.
Dengan hanya menggunakan kotak Maryam telah mencipta satu hadiah yang diberi nama Kupon Maryam. Kotak tersebut dipotong menjadi beberapa keping kad kecil dan ditulis dengan beberapa perkataan seperti urut, c1um, malam jumaat dan sebagainya.
Kupon tersebut turut mempunyai tempoh sah laku dan Maryam akan menuruti apa sahaja yang ditebus oleh Ryzal. Selain daripada idea kreatif Maryam ini, lukisan Maryam pada kupon-kupon tersebut juga sangat cantik dan menarik. Nampak sangat comel kupon yang dilukis Maryam.

Maryam kemudiannya membuatkan kejutan sebiji kek hari lahir buat Ryzal dan memberikan kupon tersebut sebagai hadiah. Reaksi Ryzal apabila melihat dan membaca kupon-kupon tersebut sangat menghiburkan. Ad0i, kelakar betul idea Maryam ni.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen yang memuji idea kreatif Maryam. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Boleh try ni untuk anniversary.. Ryzal gelak mcm nk pengsan ni kalau org jawa dh lama maryam kene panggil bigo/gonjol.. “
” Cantiknyaa maryam lukis.. Comelye awak sekarang…. Semoga berbahagia Smpai jannah.. Kreatif la maryam, pandai melukis , cantik.. “
” My husband did this on our 1st year. Dah 10 tahun kawen, I lupaaa je nak redeem. nasib ada post ni, esok la redeem.. “
” Kreatif tol maryam niii.. Ni kalau Mariam jual hasil lukis² kad tu pun laku.. korang mmg pasangan lawak. boleh try, thanks maryam.. “
” Cantik manis je maryam pakai mcm ni.. bagus idea ni.. kupon malam jumaat tu tk leh blah.. ad0i pecah perut gelak.. haha.. “
” Comelnyaaa maryam lukis nice idea… Wahh cantik la tgok maryam pakai tudung tu. aiisshh teringin pula mau beli.. “
” Low budget tapi reaksi ryzalibrhm tu yang mahal…. debakkk maryam buat suami gelak tu pun dah memadai hilang stres ryzal yang busy bekerja siang malam.. “
Wah, memang idea yang sangat kreatif dan menarik untuk dihadiahkan kepada pasangan. Walaupun ia merupakan hadiah ‘ low budget ‘ tetapi ia dapat menjadi sesuatu yang gurauan yang menghiburkan dalam kehidupan berumahtangga. Terbaiklah Maryam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam You Narae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen



