Artis / Selebriti
” Konon sahur makan kurma ja. Gitu je Sam kantoikan, haha.. ” – Netizen

Video Shaheizy Sam Kantoikan Syatilla Melvin Makanan Sahur Buat Warganet Terhibur. Amboi Bukan Main Lagi Berlagak Sahur Makan Kurma Je, Padahal Dah Makan Benda Lain. Sam Memang Tak Cover Langsung, Haha !!
Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam antara pasangan selebriti yang disukai ramai. Baik Syatilla mahu pun Sam, kedua-duanya jenis kelakar dan suka membahan antara satu sama lain. Setiap kali Syatilla membuat live di applikasi Tiktok, tentunya yang menonton akan tergelak besar dengan celoteh Syatilla.
Meninjau akaun Tiktok Bonnorhidayah, telah diulangsiar satu video yang memaparkan gelagat Syatilla dan kakaknya, Syafiqa Melvin serta adiknya, Melvina Melvin ketika sedang membuat live. Syatilla meninggikan suaranya dan memberitahu Sam yang berada di belakang yang minuman oat dan kurma yang disediakan oleh Sam ketika bersahur memberikan Syatilla tenaga.
Sam pula terlebih jujur kali ini dan spontan menjawab Syatilla juga makan sebiji burger. Apa lagi, terbahak ketawa Kak Long dan Baby dengan perangai Syatilla itu. Bukan main ‘berlagak’ lagi konon-kononnya hanya itu yang dimakan sewaktu sahur.
Lawak sungguh, macam itu sahaja Sam kantoikan isteri sendiri. Tetapi Sam bijak untuk cover balik ayatnya itu dengan mengatakan burger itu dimakan oleh Syatilla pada jam 12 tengah malam dan bukannya ketika sahur. Mungkin Syatilla tidak teringat akan burger yang dimakannya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@bonnorhidayah #kekasihthemelvins #syatillamelvin #adikberadikthemelvin #themelvinslive
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mcm husbd aku lah.. i rse mkn kurma 3 bji yg wat energy.. ye ke bkn sbb u mkn nsi bagai smua.. Geram ehhhhhhh.. ”
” Macam aku makan kurma 3 biji tapi nasi 2 pinggan haha. oo ngn dian ko bg nasi ngan kicap plus air paip je hare tul zarif ni.. ”
” Elok si sam bagi makan burger Kat ko tilla oi.. ko tengok si Ema matembong tu minum air kosong aje hari2.. herrey punya zaref.. ”
” Konon sahur makan kurma ja, sekali ada tambahan makan burger. Gitu je Sam kantoikan haha.. ”
Sponta sungguh ayat Sam, berdekah semua yang ada di situ. Baru Syatilla nak rasa bangga diri sahur makan simple sahaja, sekali encik suami bocorkan rahsia pulak. Tidak bagi kerjasama betullah Sam kali ni. Melvina pun kaw-kaw membahan kakaknya itu. Makanan sunnah konon walhal ada makan yang lain, hehe.
Apa-apa pun, makanan sunnah seperti buah kurma dan susu memang boleh memberikan tenaga. Ada sahaja orang yang bersahur tidak makan makanan berat dan cuma mengambil kurma dan susu sahaja. Apa-apa pun, semoga perjalanan puasa yang hampir ke penghujungnya ini berjalan dengan lancar untuk Syatilla dan terus ceria.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bonnorhidayah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral19 hours ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar