Artis / Selebriti
” Kenapa pulak air mata aku yang bergenang ek. Part last tu rasa sebak.. ” – Komen Netizen

Muncul Dalam Iklan Terbaru, Video Lakonan Fattah Amin Menyentuh Hati Ramai. Penuh Penghayatan Lakonan Fattah. Part Yang Last Tu Paling Sebak Dan Tak Sangka, Ada Plot Twist !!
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonannya untuk satu produk jenama telekung solat. Dari awal sehingga ke akhir video, lakonan Fattah ini meninggalkan kesan di hati warganet.
Apatah lagi dengan keadaan Fattah sekarang yang sedang melalui masa-masa sukar dalam hidupnya. Walaupun ini hanya lah sekadar lakonan, penghayatan Fattah dan setiap ayat yang dituturkan oleh Fattah menyentuh hati warganet. Kasih sayang Fattah untuk 2 wanita yang penting dalam hidupnya diolah dengan cukup baik.
Ibu adalah insan yang melahirkan dan banyak berkorban untuk membesarkan. Menerusi video perkongsian ini, Fattah membeli 2 hadiah yang mana sepasang telekung diberikan kepada watak ibu, manakala sepasang telekung lagi tidak disebutkan untuk siapa gerangannya.
Hanya senyuman yang diberikan oleh Fattah dan tentunya ia untuk wanita yang istimewa dalam hati Fattah. Kapsyen Fattah berbunyi ‘ Bila langkah terasa berat, namun ada kenangan yang ditinggalkan pada akhir cerita ‘ membuatkan ramai sebak. Kenangan yang akan selalu mengusik jiwa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga dgn asbab penceraian fattah… Fattah d mewahkan lagi rezeki utk mmbahagiakan ibu bapa dan anak fattah… Setiap ujian pasti ada hikmah.. “
” Telekung pun boleh ambik laki jd duta. Luar biasaaaa. Moga terus murah rezeki.. asal makin hensem doh.. Aalaaa tersedih pulak.. sobs sobs.. kenapa pulak airmata aku yg bergenang ek.. “
” Boleh tak happy ending aku nak fattah jumpa jodoh dengan wanita yg pandai jaga hati dia dan sggup susah senang bersama dia.. ya Allah , dia yg bercerai tapi hati aku yg terasa sakit.. “
” Di hari jumaat yg penuh Barokah dan mulia ni sy xdk akan putus asa utk terus berdoa agar ikatan perkwnan kamu berdua ditemukkan kembali lembutkan hati mereka utk saling syg menyanyagi.. “
” Sedihnyer dgr lagu ni. Touching plk rasa.. Ala part last tu kenapa rasa sebak? Moga Allah permudahkan urusan dan perjalanan hidup tuan yg seterusnya.. “
” Aduhh susahnya jd girl hati tisu tngok vdeo camni je pun aku dh nangis tngok muka fatah.. Fly high Fattah and always be humble. Semoga rezeki makin melimpah ruah.. “
” Sedih pula dengar luahan hati dia sebagai seorang anak… hargailah ibu kita selagi mereka masih ada.. eh ending dia ada plot twist ke.. “
Lakonan yang ada jiwa membuatkan ramai yang tersentuh. Besar harapan warganet agar ada penghujung yang manis untuk kehidupan Fattah. Apa jua yang terjadi, hidup perlu diteruskan dengan penuh bersemangat. Allah pasti sudah mengaturkan yang terbaik untuk Fattah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen