Artis / Selebriti
” Kenapa kalau kulit dia gelap, apa masalahnya. Salah ke kalau kulit dia gelap.. ” – Madammu
Video Madammu menjawab satu komen negatif daripada warganet yang mempersoalkan warna kulit anaknya, Ahmad Kayden raih perhatian ramai. Ini respon Madammu..
Usahawan kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih dikenali dengan nama Madammu sememangnya aktif di media sosial. Pada tahun lepas, Madammu telah dikurniakan seorang cahayamata hasil rawatan IVF dan dinamakan sebagai Ahmad Kayden. Banyak video gelagat Kayden yang dikongsikan di media sosial Madammu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fatma, telah dikongsikan sedutan video live Madammu. Seperti biasa, Madammu rajin melayani pertanyaan daripada viewers dan salah satu komen yang mendapat perhatian madammu adalah mengenai Kayden.
Komen itu adalah pertanyaan yang mempersoalkan kenapa warna kulit Kayden gelap berbanding Madammu. Tenang dan tidak mudah melatah, Madammu memberikan jawapan yang sehabis baik untuk pemberi komen ini. Kata Madammu, tidak ada yang salahnya dengan warna kulit Kayden.

Tambah Madammu lagi, walaupun kulit Kayden gelap, dia tetap menyayangi Kayden. Bukan mudah untuk Madammu mendapatkan Kayden. Berhabis 200 ribu ringgit untuk rawatan IVF, Kayden harta Madammu yang paling bernilai. Ianya biasa untuk budak-budak, warna kulit memang selalu berubah-ubah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fatma.seller.noir Boleh jugak grab PROMO NOIR 12.12 di beg kuning, klik je bawah ni👇 @fatma | NOIR mini set hijau @fatma | NOIR moisturizer @fatma | NOIR serum #skincareroutine #skincare #serum #moisturizer #noirhealthbeauty #madammunoir
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku suka madammu nie, dia sgt positive wehhhh… mana la aku tak follow dia. Dia punya vibe sgt bagus.. “
” Mental kuat madammu ni. tak cepat sentap dan abaikan mulut orang yang suka cakap negatif.. pastu dia ada je jawapan, deep lagi dia bagi haha.. “
” Budak-budak ni kadang kadang….. kulit berubah-ubah…. makin besar makin cerah pun ada….. yang penting sehat… cerdik.. “
” My son dr baby kena juga. Gelapnye kurusnyaaaa. Now dia cerah, dahhhh pulak org tanya putih2 ikut siapa ni.. Ya Rabbi.. “
” Bagusnya cara dia balas orang yang cakap tu.. betul kata madammu tu.. tak kisah lah hitam ke putih ke janji anak sihat.. “
” Anak ikut kulit bapak dia, kalau ikut kulit madam putih la dia,xkira la putih ka gelap yang penting sihat alhamdulillah.. “
” Lahhh… gelaP ka macam tu? elok ja aku tengok… ka aku yang buta warna ni haha.. betul lh mdm… kdg2 ad hr bdk2 ni berubh colour … ad hri putih.. ad hr gelap.. “
Betul kata madammu, tidak kisah lah anak berkulit gelap atau pun cerah, yang penting anak sihat dan membesar dengan baik. Salute pada Madammu kerana memberikan komen balas yang sangat positif. Harapnya tidak akan ada lagi yang membangkitkan isu warna kulit Kayden gelap selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fatma
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti1 day ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

