Artis / Selebriti
” Untungnya ada bos yang berkongsi rezeki dengan staff macam anak-anak.. ” – Komen Netizen
Video Bonda Rozita Ibrahim memberikan kejutan hadiah kereta mewah kepada 2 orang pekerjanya raih pujian ramai. Wah bukan biasa-biasa kereta yang Bonda bagi. Percuma dan semuanya syarikat yang tanggung. Untung ada bos macam ni..
Bonda Rozita Ibrahim nama yang cukup gah dalam dunia perniagaan kosmetik dan jamu. Bonda Rozita sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam perniagaan ini dan ada trademark tersendiri. Walaupun Bonda Rozita sudah kaya, namun Bonda Rozita tetap mengusahakan perniagaannya demi nasib pekerja-pekerja di bawahnya.
Dunia perniagaan pasti ada masa jatuh dan bangunnya. Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat, pekerja adalah aset dan harta berharga untuk Bonda Rozita. Satu sikap Bonda Rozita yang sering dipuji, Bonda Rozita tidak berkira dengan pekerja dan sangat pemurah berkongsi rezeki.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Bonda Rozita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bonda Rozita menghadiahkan 2 buah kereta jenama Mercedes untuk 2 orang pekerjanya. Ini adalah imbuhan untuk mereka atas segala penat lelah dan tenaga yang dicurahkan untuk menaikkan nama syarikat.

Kata Bonda Rozita, dia mahu pekerjanya juga merasai apa yang dia rasa. Sebagaimana anak-anaknya sudah senang dan kaya sekarang, Bonda Rozita juga berharap dia boleh memberikan kesenangan untuk semua pekerjanya. Tidak hanya kereta, Bonda Rozita juga sudah menghadiahkan berbelas buah rumah untuk pekerjanya sehingga sekarang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow best nya dapat boss yg baik semoga bonda di beri kesihatan yg baik.. Alhamdulillah tahniah.. “
” TAHNIAH Buat staf bonda Yang perform Dan cemerlang.. Syukur Alhamdulilah Aamin.. Bonda semua ye very good and friendly.. “
” Alhamdulillah, tahniah.. suka dgr kata2 semangat dan inspirasi dr staff cemerlang Bonda.. alhamdulillah smg btambah murah rzki bonda.. “
” Tahniah Pn.Niza & Pn.Isma.. Mereka ade ketika ssh dan senang.. ketika syarikat jatuh & membangun.. Tiada siapa tahu mereka nangis, down & stres nk bangunkan kembali nama syarikat.. Mereka bkn handle 1 company shaja,, Mereka lyk sbb mereka setia & sentiasa syg staf, majikan & company.. “
” Untung nya siapa jd staff jrm. semoga berlimpah ruah reski nya bonda.. dan diberikan kesihatan yang berpanjangan asbab berkongsi rezeki dengan staff dah macam anak-anak.. “
” Alhamdulillah seronok bos mcmni … Betuahnya berkhidmat dgn Bonda Rozita… seorg yg menghargai penat lelah sesama insan.. moga terus maju.. “
” Satu kata terharu bondarozitaibrahim semoga jaya selalu dan selalu dlm lindungan Allah Aamiin .. tahniah rezeki dr Allah.. “
Alhamdulillah rezeki staff Bonda Rozita kerana mendapat hadiah kereta ini. Susah untuk mencari majikan sebaik Bonda Rozita ini. Semoga kebaikan Bonda Rozita ini dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah daripada-Nya dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bondarozita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

