Artis / Selebriti
” Sampai terkencing saya ketawa, nak marah ke nak gelak.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
Video telatah suami Bonda Rozita Ibrahim, Encik Amin memujuk Bonda buat ramai terhibur. Makin masuk air Encik Amin ni sekarang. Lain macam betul cara Encik Amin Pujuk. Berdekah Bonda gelak tengok perangai Encik Amin, haha..
Meninjau di akaun Instagram usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah suaminya, Encik Amin. Menerusi video tersebut memaparkan detik mencuit hati, namun manis dalam rumahtangga pasangan ini.
Pada awalnya Encik Amin dilihat cuba memujuk Bonda yang dikatakan bersikap dingin secara tiba-tiba. Sikap Bonda yang berubah itu membuatkan Encik Amin berfikir cara kreatif untuk menyejukkan hati isterinya. Encik Amin membuat keputusan untuk menangkap seekor itik peliharaan Bonda dan membawanya pulang sebagai kejutan.
Niat Encik Amin yang mahu memujuk itu ternyata mendapat reaksi yang tidak disangka daripada Bonda. Apabila melihat apa yang dibawa pulang oleh Encik Amin, Bonda kelihatan terkejut dan tidak dapat menahan gelak ketawa. Suasana lucu itu membuatkan Bonda berdekah ketawa sehingga hampir terkencing.

Telatah pasangan ini jelas mencuit hati warganet. Ramai yang meninggalkan komen positif, menyatakan rasa terhibur dan kagum melihat keharmonian serta keserasian yang terjalin antara Bonda dan suaminya. Sehingga kini, perkongsian tersebut menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur lepas menonton video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” You got the right man Bonda. Peneman hidup yang membahagiakan Bonda. Jauh beza dengan yang lain2 sebelum ni.. “
” Teruskan buat En Ami, hehe.. Tu kan kenangan.. Cipta kenangan.. Salah seorang akan pergi, suatu masa y ditentukan.. Pasti Rindu saat buat kerja bodobodo.. “
” Renggggaaahhhh gelak aku kat sini.. Aduhaiii makin mnjadi² encik Amin punya kelakar.. Part last klau citer P.Ramlee tidur kandang kuda.. Encik Amin nahhh reban itik.. “
” Semoga Bahagia Bonda hingga ke Jannah. Semoga rumahtangga bonda mawaddah warohmah Aamiin. Bahagia tengok bila pasangan kita sama2 terima kita seadanya, sama2 masuk air.. “
” Lelaki yg baik yg bijak yg selalu menjaga hati isteri bolih berikn kebahgiaan dunia dn akhiratsuka tengok bonda Allah temu kn jidoh dgn irg yg sesuai terbaik untuk bonda moga bahagia dunia dn akhirat.. “
” Seronok main kejar kejar dengan itik… Terhibur dengan encik Amin … Kelakar.. Senak perut ketawa, hahahaha semoga Bonda bahagia selalu.. “
” Inilah yg dimaksudkan… Semua org bisa baik, tapi tak semua bisa memberikan rasa nyaman.. Semoga Bahagia selalu hendaknya bonda.. “
Video ini sekali lagi membuktikan bahawa cara-cara kecil dan manis dalam rumah tangga, seperti menunjukkan perhatian melalui kejutan lucu, mampu mengukuhkan ikatan cinta antara suami dan isteri. Apa-apa pun, didoakan agar Bonda dan Encik Amin terus kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bondarozitaibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

