Artis / Selebriti
” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
Video respon Mawi ketika diajukan soalan mengenai sekiranya diminta berduet bersama anak Ina Naim, Hadie Elfardie curi perhatian warganet. Salute jawapan Mawi..
Sekali pun sudah berbelas tahun berlalu, kisah Mawi dan Ina Naim masih lagi diungkit oleh wargamaya. Penglibatan Ina dan anak sulungnya, Hadie Elfardie di pentas program Talk To My Manager baru-baru ini juga dikaitkan dengan nama Mawi.
Pada perkongsian terdahulu, Ina telah pun menegaskan kepada wartawan perhubungan antara dirinya dan Mawi okey sahaja dan tiada sebarang masalah. Kisah lama itu hanya tinggal sejarah dan kenangan dalam hidup mereka berdua. Apatah lagi masing-masing sudahpun mempunyai kehidupan sendiri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Mawi bersama wartawan. Mawi diajukan soalan cepu emas mengenai tindakannya sekiranya diminta untuk berduet bersama Hadie.

Jawapan yang diberikan oleh Mawi meraih pujian daripada warganet. Mawi juga sama seperti Ina, pemikiran mereka untuk maju ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang. Mawi juga bercerita, anaknya selalu menonton persembahan Hadie di TTMM dan bercerita kepadanya mengenai Hadie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cerita dh lama . Masing2 dh ada kehidupan sendiri, x der maslaah pun kalau nak berduet.. lagi pun mawi dengan ina ok je.. “
” Masa mawi kawen dlu pon ina dgn arwah pegi wedding mawi.. betapa baik dan profesional nya mereka.. “
” Masing-masing dah matang… Alhamdulillah. Keep support anak-anak muda yang baru nak kenal kehidupan.. “
” Jom support Mawi buat concert. Dua dua dh dapat jodoh yang baik dikurniakan anak2 yg baik.. diorang pun berkawan elok je.. “
” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan. Masing masing dah move on.. mana tahu satu hari nanti Ina dengan Mawi berbesan.. “
” Benda da lepas ada jer yg da putus tunang, bercerai jadi kawan.. da jodoh takat tu jer kan siapa la kita nak melawan takdir-Nya.. “
” Kalau sesuai why not. Rasa boleh meletop kalau mawi duet dengan Hadie, dua-dua suara jantan dan macho.. silap silap jadi fenomena baru.. “
Baik Mawi atau pun Ina, kedua-duanya profesional dan tidak mustahil sekiranya ada lagu yang sesuai, Mawi dan Hadie boleh berpadu suara. Mungkin juga gandingan Mawi Hadie akan mencipta fenomenanya tersendiri. Apa-apa pun, semoga Mawi success selalu dalam kerjayanya dan dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adakah suami saya i macam pelik-pelik sikit atau pun memang macam tu lelaki ? ” – Erra Fazira

