Artis / Selebriti
” Kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, dia faham la.. ” – Haris Ismail
Video Neelofa Dan Suaminya, Haris Ismail Menjawab Desas-Desus Yang Mengatakan Neelofa Sedang Hamil Anak Kedua. Ini Jawapan Jujur Lofa Dan PU Riz, Doa Yang Baik-Baik !!
Meninjau akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan video yang memaparkan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail di sebuah majlis sempena bakal mengerjakan umrah pada hari Khamis akan datang.
Kesempatan ini diambil oleh wartawan untuk bertanyakan kepada Neelofa dan Haris tentang des4s desus yang mengatakan Neelofa sedang hamil anak kedua mereka. Oleh kerana ramai yang melihat perubahan fizikal Neelofa terutamanya pada bahagian perutnya, jawapan dan pengesahan daripada pasangan ini dicari.
Kata Neelofa, sesuatu yang belum pasti eloknya tidak dihebahkan dan hanya diminta didoakan yang baik-baik untuk mereka. Seperti kehamilan pertamanya dahulu, Neelofa lebih selesa untuk berdiam diri dan katanya, jika nampak perutnya besar, maka iyer lah itu.

Tidak mengesahkan dan tidak juga menafikan, Haris dan Neelofa juga berterima kasih kerana ramai yang prihatin dengan mereka. Seronok melihat Neelofa dan Haris yang selalu tenang dalam menjawab segala pertanyaan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik Haris dan Lofa. Moga dalam peliharaan Allah selalu.. “
” Alhamdulillah.. betul tu. Permulaan memang perlu dirahsiakan atau tak perlu hebahkan. Semoga yang baik2 untuk neelofa Dan suami. Aamiin.. “
Betul kata Neelofa, benda yang belum pasti seeloknya tidak dihebahkan dahulu dan itu pendiriannya yang tidak akan berubah sekalipun untuk kehamilan ke berapa pun. Sama seperti Bilal dahulu, tahu-tahu sudah bersalin.

Apa-apa pun, semoga yang terbaik untuk Neelofa dan Haris. Jika benar bagai dikata, didoakan kehamilan kali ini juga berjalan dengan lancar sehingga selamat melahirkan nanti. Jaga diri sepanjang mengerjakan umrah nanti okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti1 hour ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

