Artis / Selebriti
” Kalau dengar tak tonton video ni, mesti ingat orang Korea yang nyanyi. Sedap sangat.. ” – Netizen
Video Daniesh Suffian Bersama Bella Astillah Cover Lagu Korea Nyanyian Asal Young Bae, ‘ Eyes, Nose, Lips ‘ Raih Pujian Warganet. Fuhh Versi Daniesh Dan Bella Memang Padu Lah, Ingat Orang Korea Yang Menyanyi !!
Mungkin ramai yang mengenali jejaka kacak ini iaitu Daniesh Suffian. Sedikit info, Daniesh atau nama penuhnya, Nur Mohd Daniesh Suffian merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu. Bagi yang pernah mengikuti Daniesh di akaun Instagram pasti mengetahui yang Danish suka berkongsi video cover nyanyiannya.
Terbaru, Daniesh Suffian telah memuatnaik video memaparkan dirinya menyanyikan lagu Korea bertajuk ‘Eyes, Nose, Lips ‘ bersama penyanyi Bella Astillah, nyanyian asal oleh penyanyi Korea iaitu Young Bae. Kelihatan dalam video itu, Daniesh dan Bella duduk bersebelahan.
Pada awalnya, Daniesh yang memulakan dahulu nyanyian dan selepas itu Bella menyambung pula dengan versi mereka yang tersendiri. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang kagum mendengar Daniesh dan Bella membawa lagu Korea.

Malah ada juga peminat mengatakan jika tidak menonton video ini dan hanya mendengar nyanyian tersebut, pastinya mereka ingat penyanyi Korea yang menyanyi. Sehingga kini, video nyanyian Daniesh serta Bella menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian diberikan warganet kepada Bella dan Daniesh dan rata-ratanya menyukai video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kalau dengar tak tonton video ni, mesti ingat orang Korea yang nyanyi. Sedap sangat korang nyanyi.. Terbuai2.. “
” Masuk2.. Suara ad chemistry.. Next single duet pls.. Setiap sebutan jelas je dengar.. Omgggg memang mantap sangat lah.. “
” Omg, sedap nya suara Bella bawa lagu ni.. My fav song.. Pls next video Bella try lah duet with your husband pula.. Tak sabar nya.. “
” Suara Bella sesuai nyanyi lgu Korea sbb suara kecik gitu.. Sdp suara Bella beb.. Terus teringat Aliff ajar Bella vokal. Hehehe.. “
” Aduhhhhhh layan betul dengar.. Lain macam korang bawa lagu ni.. Igtkan suara Korea mana lah tadi.. Rupanya orang Malaysia lah, ehehehe.. “
” Proud of you omg beb sedap sangat lah.. Tak sangka Bella boleh nyanyi lagu ni dengan baik.. Next song pls.. Tersuka pula kita.. “
” Favourite duo. Lagu best sedap mendayu. Mcm lagi sedap dari Korean version.. Love this version.. Weiii proud of you both.. “
Wahh power lah gandingan Daniesh dan Bella, memang merdu sangat suara mereka. Patut lah ramai yang memberikan komen suka. Malah ada yang minta selepas ini nak mendengar Bella berduet dengan suaminya, Aliff Aziz pula. Apa-apa pun semoga Daniesh serta Bella akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG danieshsuffian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin



