Artis / Selebriti
” Jujur betul pengakuan YB, takut pulak Bella. Takut makin banyak yang keluar daripada mulut YB, haha.. ” – Komen Netizen
Video jawapan YB Syed Saddiq apabila ada yang komen memintanya jangan meninggalkan Bella. Wah serius lah YB, terkejut dengar jawapan YB. Blushing teruk Bella, semua kat set live tu bersorak dengar kata-kata YB..
Pasangan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq (BASS) kembali bersiaran bersama untuk mempromosikan produk The Raw. Sesi live BASS sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat mereka kerana itu lah masanya untuk banyak persoalan dapat diajukan dan mendapatkan jawapan dari mulut Bella ataupun YB Saddiq sendiri.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Wawa_adilainie11 dan sweetmochaaa, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live tersebut. Banyak moment sweet yang dapat dilihat dan kali ini, YB Saddiq lebih terbuka dan banyak menyakat Bella.
Antara komen-komen yang muncul di skrin, ada persoalan daripada warganet mengatakan agar YB Saddiq tidak meninggalkan Bella. Ini kerana sebelum itu, YB Saddiq ada memberitahu niatnya untuk menyambung pengajian ke luar negara. Itu adalah impian YB Saddiq kerana sebelum ini sudah beberapa kali YB Saddiq menolak kerana tuntutan kerjanya sebagai wakil rakyat.

Jawapan YB Saddiq untuk soalan tersebut membuatkan Bella blushing dan yang berada di situ juga bersorak. Wah jawapan YB Saddiq ini betul-betul menggembirakan hati peminat BASS. Banyak kali juga YB Saddiq merenung wajah Bella.
Jom tonton video di bawah :
@wawa_adilainie11 tanda tanya terjawab.. “what if”..aahhhh .. semoga segala perancangan di permudahkan tuk kamu dua.. kuat2 kamu aaaa… walau tidak mudah tapi kuat kamu dua aaa… #bellaastillah #syedsaddiq #dayanguntuksyed #bermuarsabah #bellaastillahfansclubofficial
@sweetmochaaa_ haa senyum2 apa tu korang 🫵🏻 #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #fypシ #foryoupage
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Apa YB, tak jelas ‘ ikutlah sekali ‘.. hint besar ni.. kena nikah dulu YB, baru boleh bawak Bella & anak2. tp, kami pun nk ikut sekali YB .. jgn cicirkan kami yg ribu2 ni kat Malaysia. kami perlu vitamin utk bernafas.. “
” Jujur betul pengakuan yb… takut pulak bella… takut makin banyak yang keluar daripada mulut yb haha.. yb sadiq punya jawapan mcm dah kawin.. akak doakan korang betul2 lah bernikah.. “
” Takut keluar tarikh nak kahwin terus, YB ni bukan boleh jujur tegak je tak reti nak selindung langsung.. Yb takut bella tinggal dia ke wehh.. “
” Sayu plak dgr lagu ni balik. Dah nk hampir setahun rupanya follow BASS. what a journey. Semoga pengakhiran yg baik buat BASS Amin Amin Amin YRA.. “
” Sbnrnya, bkn yb nk smbung bljr. Yb nk BA yg smbung bljr so dia pn nk smbung jgk. Dia nk impian BA tercapai.. “
” Teringat podcast bella dengan amelia handerson dulu.. bella dpt peluang sambong belajar kt london tapi impian dia terhalang huhu, tp now im happy seeing bella with a supportive partner, she can terbang setinggi tingginya.. “
” Takkan laaaa dia ajak ikut sekali tanpa apa2 ikatan… kaaannnnn.. Bella stopkn yb.. YB jujur dan akn beritahu smua bnda.. nampak dah further live planning tu ya.. semoga apa pun perancangan korang Allah mudahkan.. “
Banyak perancangan YB Saddiq dan Bella untuk masa hadapan dan adakah mungkin ini salah satu hint untuk mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin. Apa-apa pun, semoga impian YB Saddiq dan Bella untuk menyambung pengajian mereka tercapai.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Wawa adilainie11
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti3 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen

