Artis / Selebriti
” Jawapan saya ada, biar saya jawab. Sebab lagu tu hero dia.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah ditanya kenapa tidak memilih YB Syed Saddiq sebagai special appearance dalam music video lagu terbarunya, jawapan Bella buat ramai kagum. Betul juga apa yang Bella katakan itu. YB Saddiq bukan macam itu orangnya..
Kisah ‘cinta’ antara Bella Astillah dan YB Syed Saddiq bukan lagi menjadi satu rahsia. Keserasian mereka bersama ketika menjadi duta sebuah jenama pakaian membuatkan mereka semakin erat. Hingga ke hari ni, pasangan ini juga dilihat sentiasa murah rezeki apabila banyak jenama mahu bekerjasama dengan mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok milik Yaya Ween, telah dikongsikan video yang memaparkan Bella dan YB Saddiq sedang membuat live mempromosikan produk sebuah jenama minyak wangi. Sambil mempromosikan produk itu, pasangan ini turut berborak dan menjawab beberapa soalan daripada para peminat yang menonton live mereka.
Antara soalan yang diajukan oleh seorang peminat adalah bertanya kenapa hero music video lagu terbaru Bella iaitu Lebih Indah Berpisah bukan YB Saddiq. Membaca soalan tersebut, Bella dengan spontan mengatakan jawapan soalan itu ada pada dirinya.

Kata Bella, lelaki dalam music video tersebut memegang watak sebagai seorang yang telah curang dan watak itu tidak layak diberikan kepada YB Saddiq. Bukan itu sahaja, Bella seolah-olah memberikan hint tidak lama lagi bakal mengeluarkan lagu khas untuk YB Saddiq pula.
Tonton video di bawah ini :
@y4y4w33n Bila followers tanya, kenapa hero muzik vidoe Bella bukan YB? Korang dengar jawapan Bella #bellaastillah #vitaminBASS #teamBaSS #fypシ゚ #syedsaddiq #fyppppppppppppppppppppppp #dolcea
@y4y4w33n Ni macam hint ada lagu “bahagia” dari Bella selepas ni geng 🙈🙈 #bellaastillah #vitaminBASS #teamBaSS #fypシ゚ #syedsaddiq #fyppppppppppppppppppppppp #dolcea
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai jawapan yang diberikan oleh Bella dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Indak lahh.. Keluar je bahasa Sabah maksudnya.. Letih la BA nak explain.. Haha happy lah tengok dorang dua ni,, Harap2 ada jodoh.. “
” Like cara BA jawab “hero dalam tu dia curang”.. Tegas.. You go girl.. Nampak YB bangga sangat dengan jawapan yang Bella bagi tu, hehe,, “
” Muzik video lepas ni ada la YB tu rakan2, hehe sbb lagu pun tajuk ucapan YB masa g&m primavalet.. Lagu lebih indah brsama baru heronya ya.. “
” Mesti yb tak puas hati tu.. Nk tahu jugak tajuk lagu untuk dia kan.. Kelakar part nie semalam.. Tapi dalam kelakar tu, ada manis2nya.. “
” ELLEHH.. Pura lagi YB tu, padahal dalam gembira tak terkata sebab Ayang Bella dah buatkan lagu untuk YB, CIA CIA CIA.. ”
” Knp yb mcm baru tahu yg bella btl2 buat lagu utk yb, huhu.. Mesti berbunga2 hati yb kan, bella btl2 tunaikan apa yg bella ckp.. “
” Betul lah tu jawapan Bella, tak kan nak ambil YB kan, sah2 lelaki dalam lagu tu watak dia kena curang.. YB pencinta seorang wanita je.. “
Tegas sungguh jawapan yang diberikan Bella tersebut dan kelihatan YB Saddiq juga memahami apa yang disampaikan oleh Bella. Apa-apa pun, ramai yang mengatakan seronok apabila menonton video live Bella dan YB Saddiq. Bak komen warganet, ‘banyak manis-manis’ yang mereka dapat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok y4y4w33n
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen

