Artis / Selebriti
” InshaAllah, saya rasa ini berkat doa semua. Dengan izin Allah, sekiranya tidak ada aral melintang.. ” – Erra Fazira
Erra Fazira tidak dapat menahan rasa sebak ketika mengumumkan tarikh pernikahannya bersama jejaka pilihan hatinya, Ezwan Zain. Cantiknya tarikh dan hari pilihan Erra dan Ezwan..
Sebagaimana yang tular di media sosial semalam mengenai desas desus Erra Fazira dan pemilik cafe, Ezwan Zain, berita itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Erra mengumumkan berita gembira itu di majlis pelancaran single barunya sebentar tadi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mstar Online Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erra mengumumkan berita itu secara rasmi. Erra tidak dapat menahan air matanya ketika memaklumkan dirinya bakal mendirikan rumahtangga bersama Ezwan pada minggu hadapan.
Kata Erra, itu bukan lah air mata kesedihan, tetapi air mata kegembiraan. Perkenalannya bersama Ezwan melahirkan bibit-bibit cinta dan mereka mengenali hati budi masing-masing sejak setahun yang lalu. Keperibadian Ezwan memikat hati Erra.

Setelah 11 tahun hidup sendiri, Erra akhirnya bakal berdua dan kembali bergelar isteri. Sekadar info, ini adalah perkahwinan ketiga Erra selepas 2 perkahwinannya bersama Dato’ Yusry dan Engku Emran terputus di tengah jalan. Erra dikurniakan seorang anak bersama Engku Emran iaitu Engku Aleesya.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniah Kak Erra. Dulu pernah terserempak depan2.. Kak Erra ni memang cantik sangat.. Happy for u my sistaaaa.. Tahniah.. “
” Cantiknya kak erra, mcm x caya dh 51 thn.. Tahniah Kak Erra n Ezwan. Smg Majlis Berjalan Lancar.. Moga dipermudahkan.. aamiin2 ya mujib.. “
” Alhamdulillah.. tahniah kak erra dan pasangan.. moga majlis berjalan lancar dan ikatan mendapat keberkatan dariNya.. aamiin.. “
” Alhamdulilah yeayyyy tahniahhh Erra n future husband.. Alhamdulilah semoga lancar & dipermudahkan segala urusan.. “
” I am so happy for you queen.. Moga dipermudahkan… aamiin2 ya mujib.. Cantik tarikh nyaa 12/12/2025.. tahniah kuehhh.. kawen gak kueh.. igtkan durian je kawin.. “
” Tahniah erra fazira, semoga kekal hingga ke syurga bersama lelaki pilihan anda. Aamiin.. akhirnya Erra bertemu bahagia yang erra cari selama ni. semoga perkahwinan ini yang terakhir dan berkekalan sampai ke akhir hayat.. ”
Alhamdulillah akhirnya Allah hadirkan jodoh yang baik dan sesuai dengan Erra. Pastinya majlis Erra pada minggu hadapan akan dinanti-nantikan oleh para peminat Erra. Tahniah daripada kami di Berita Kopak buat Erra dan Ezwan. Semoga segala perancangan majlis bahagia tersebut berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar, Tiktok Mstar , IG Media Hiburan, IG Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

