Artis / Selebriti
” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
Video perbualan WhatsApp antara Sharifah Sakinah bersama anak saudaranya, Oddah buat ramai terhibur. Adoi dua-dua masuk air. Dah macam drama air mata ye, haha..
Sebut sahaja nama pelakon Sharifah Sakinah, pasti ramai yang mengenalinya. Sakinah merupakan antara pelakon yang sangat berbakat dalam dunia lakonan. Boleh dikatakan hampir semua lakonannya sering menerima pujian daripada penonton yang mengagumi kehebatannya menjiwai setiap watak yang diberikan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Sakinah, satu video telah dikongsikan yang memaparkan perbualan antara Sakinah dan anak saudaranya, Oddah melalui aplikasi WhatsApp. Menerusi video itu, pada awalnya Sakinah menghantar mesej dengan menulis nama Oddah beberapa kali.
Namun, Oddah masih tidak membalas mesej tersebut. Ini membuatkan Sakinah menghantar voice note meluahkan rasa sedih kerana tidak mendapat respon. Tidak lama kemudian, barulah Oddah membalas mesej WhatsApp Sakinah.

Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengusik, mengatakan bahawa Oddah dan Sakinah memang kedua-duanya ‘kaki drama’. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. Anak buah dengan makcik 2×5 betul.. Sorry maderina Sakinah, hehe.. “
” Mslahnye tak menyabor mkciknye pun.. Baru brp minit da emo, hai aku laa.. Oddahh dah glamer.. Tak ada masa nak reply, HAHAHAHAA.. “
” Baru kena sidai kejap dgn anak menakan dah emo.. Oddah tu, HAHAHAHAHA dia mengejek lagi ada dekat kinah.. “
” Semua kaki drama, hahaha.. Mak nakan pun menekan nekan sangat, sabau lee.. Tak sampai 1 minit dah nak kena reply.. “
” Menurun betol perangai.. Odah ikut perangai aunty dia.. Dia punya ckp tak reply tu.. Tak smpai 1 minit lg pun.. “
” Makcik dgn anak buah sama² crack.. Sekali aku gelak dengar Kinah cakap.. Masuk air betul lah dua2 ni, hehe.. “
” Perangai la dua beranak nie… Makcik pun mancing emosi.. Boleh tak buat satu cerita untuk oddah dgn Sharifah Sakinah ni..mesti gempak lawak punya.. “
Perkongsian video itu bukan sahaja mencuit hati ramai, malah menyerlahkan lagi keakraban antara Sakinah dan Oddah. Gelagat spontan mereka turut membuatkan warganet terhibur dengan perangai ‘kaki drama’ mereka itu. Apa-apa pun, semoga hubungan rapat Sakinah dan Oddah kekal ceria dan menghiburkan seperti selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sharifah_sakinah, auddrazx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

