Connect with us

Artis / Selebriti

” Ini baru betul berdamai dengan takdir.. ” – Netizen

Video Temubual Sharifah Shahirah Bersama Bekas Suaminya, Jatt Ali Raih Perhatian Warganet. Wah Terbaik Lah Shiera Dan Jatt, Profesional Sangat !!

Siapa tidak mengenali pengacara dan penyampai radio terkenal tanah air, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera ini. Shiera yang suka membuat kelakar dan seorang yang sporting membuatkan ramai tak kering gusi ketawa dengan sikapnya itu.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok mStar telah dikongsikan video wawancara Shiera dan bekas suaminya, penyanyi rock, Jatt Ali. Menerusi video tersebut, wartawan telah bertanya bagaimanakah Shiera dan Jat mengekalkan sikap profesional mereka setelah tidak lagi bergelar suami isteri.

Shiera dan Jatt mengatakan mereka lebih menjadi rakan baik. Akui Shiera, dia bukan sahaja rapat dengan Jatt, malah Shiera turut rapat dengan isteri dan anak-anak Jatt yang lain di Singapura. Kongsi Shiera lagi, mereka ini lah yang akan menyambutnya di lapang terbang jika dia pergi ke Singapura.

Selain itu, Jatt juga telah mengucapkan terima kasih kepada Shiera yang telah menjaga anak tunggal mereka, Allisya dengan baik sehinggalah Allisya sekarangg sudah pun bergelar isteri orang. Perkongsian video temubual Shiera dan Jatt ini telah meraih perhatian warganet.

Tonton video di bawah ini :

@mstarmalaysia

Part 1 – Netizen puji Shiera dan bekas suami, dah lama berpisah tapi hubungan masih akrab… “Saya bertuah sebab Jatt orangnya baik tenang” #sembangentertainment #mstar #shieraijoy

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

@mstarmalaysia

Part 2 – Terhibur tengok Shiera usik bekas suami Jatt Ali, respek dah berpisah pun masih berbaik #sembangentertainment #mstar #shieraijoy

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap baik Shiera bersama Jatt meskipun mereka sudah lama berpisah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sebab tu Sharifah Shahirah ni even dah lama, masih relevant dlm industri.. Suka dengar celoteh dia kt suria.fm.. “

” Sharifah Shahira ni wpun melawak2 tapi kata2nya rasional dan matang. Suka tgk cara dia facing any problem. Tak cepat melatah.. “

” Sporean mcmni kot. Uncle aku sporean pn mmg baik betul dgn bekas isteri.. Boleh family holiday sesama. Dia bawa family dia. Bekas isteri dia pn bawa family dia.. “

” Baguslah Sahira ni.. Bole jadikan contoh kpd yg bercerai berai tu.. Try to be character baik2, walaupn susah utk hadapi. Best statment kak.. “

” Ini baru betul berdamai dgn takdir.. Semoga memberi tnjuk ajar pada kita2 semua.. Termasuk diri saya sendiri.. “

” Masing2 dh berkeluarga.. Tentukn jln hidup masing2.. Terbaik.. Jatt n Sheira bgus.. Betul tu saya setuju, saya pon baik dgn bekas somi demi ank 2 n cucu.. “

” Semua tu berbalik kpd hati, kalau baik dan ikhlas mmg blh baik utk redha dan terima takdir. Blh jd kwn sbb kita still sharing anak betsama.. “

Terbaik lah Shiera dan Jatt, meskipun sudah lama berpisah, mereka berdua saling menghormati antara satu sama lain dan sudah seperti rakan baik. Apa-apa pun semoga kalian berdua terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok mstarmalaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT