Connect with us

Artis / Selebriti

” Ingatkan gambar Alaia tadi, rupanya adik baby lah. Muka sama.. ” – Netizen

Perkongsian Terbaru Izara Aishah Gambar Anak Keduanya Raih Perhatian Warganet. Alahai Comelnya Adik Baby Ni. Sebijik Macam Muka Kakak Alaia Masa Baby Dulu !!

Sekitar pada bulan Oktober tahun lalu, suami kepada pelakon Izara Aishah, Adib Khalid telah pun memaklumkan yang Izara selamat melahirkan cahayamata kedua mereka. Dikurniakan seorang lagi anak perempuan, kehadiran si comel ini menambahkan lagi kebahagiaan mereka.

Meninjau akaun Instagram Izara Aishah, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru anak keduanya ini. Untuk makluman, sehingga kini Izara masih belum memaklumkan nama anak keduanya ini kepada umum. Kini, adik kepada Irisa Alaia sudah berusia 3 bulan.

Klik gambar untuk info..

Dengan kapsyen pendek tertulis ‘ Sayang ma ‘ , perkongsian oleh Izara ini mendapat perhatian daripada ramai warganet. Izara menunjukkan sedikit sahaja wajah anaknya ini yang menampakkan sebelah mata, kening dan sedikit bahagian hidung.

Melihat akan gambar ini, ramai yang memuji kecomelan anak kedua Izara itu. Komen warganet, wajah bayi ini sama seperti kakaknya, Irisa Alaia ketika bayi dahulu. Bukan hanya mata dan kening, rambut juga sangat serupa dengan Alaia. Copy and paste kakak sangat ni adik baby.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Izara ini sehingga kini meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Comelnya, muka sama dengan kakak Alaia dia lah.. nampak mata, love nya tengok.. kening tun pun cantik terletak elok.. ”

” Masya Allah, lebatnya rambut. Comelnya dia, so cute lah baby.. muka macam kakak dia, Irisa Alaia.. ”

” Comel muka sama dengan Alaia. hello si cantik.. cantik macam mama dia jugak ni.. Alaia dulu pun camni mukanya.. ”

” Semoga baby comel izaraaishahofficial jadi anak yang sihat, baik budi pekerti serta bijak pandai.. inshaAllah.. tak sabar nak tengok muka penuh baby.. ”

” Pretty baby, muka sebijik macam kakak dia lah. Ingatkan gambar Alaia tadi, rupanya adik baby lah. Comelnya awak .. apa nama baby ni Izara.. ”

Klik gambar untuk info..

Alahai mama, ‘belanja’ mata sikit pun jadi lah. Memang serupa sangat dengan Alaia, macam kembar kakak pun ada. Rambut dan mata sangat seiras. Tentu cantik seperti Izara apabila besar nanti. Warganet juga ternanti-nanti apa lah nama si kecil ini agaknya.

Apa-apa pun, semoga anak kedua Izara ini membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa serta membanggakan Izara apabila dewasa nanti. Harap-harap selepas ini boleh lah Izara share gambar penuh baby. Mesti ramai tak sabar hendak tengok.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izara Aishah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT