Artis / Selebriti
” Tak tahu pula Ernie boleh cover lagu macam ni. Lain macam sedap Ernie nyanyi, padu beb.. ” – Netizen

Video Ernie Zakri Menyanyi Lagu French, Derniere Danse Raih Pujian Warganet. Ada Yang Puji Pronounce Bahasa French Ernie Mantap. Wah Memang Padu Lah Ernie !!
Ernie Zakri antara penyanyi yang mempunyai vokal yang hebat dan ketika Ernie menyanyi sering membuatkan penonton terpukau dengan kemangisan suaranya. Lagi-lagi apabila Ernie bergabung menyanyi bersama suami tersayang iaitu Syamel.
Aktif di media sosial, Ernie sering berkongsi perkembangannya buat peminat-peminat. Meninjau di akaun TikTok Ernie telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ernie cover lagu French yang bertajuk Derniere Danse nyanyian asal oleh penyanyi Indila.
Menerusi video tersebut, Ernie menyanyi di dalam kereta dalam keadaan bersahaja. Penuh penghayatan serta mendalami setiap lirik yang dinyanyikan, perkongsian video ini mendapat perhatian warganet. Ada yang mengatakan tidak menyangka Ernie membawa lagu tersebut dengan baik.
Ada salah seorang memberikan komen kagum dengan Ernie kerana mampu menyebut setiap perkataan bahasa French dengan betul berbanding dengan dirinya yang sedang pelajar bahasa French. Sehingga kini, video nyanyian Ernie ini ditonton lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@erniezakri23 stuck in my head for a week so I had to let it out. #MusicOnTrend DerniΓ¨re Danse π©·
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai nyanyian Ernie. Antara komen-komen menarik adalah :
”Β Tak tahu pula Ernie boleh cover lagu macam ni. Lain macam sedap Ernie nyanyi, padu beb.. Saya yg belajar french language pon tak pronounce camni. Mantap.. “
” She kene keluar lagu genre mcm ni.. Sedap teruk wehh suara Ernie bawa lagu nii.. Kita dengar pun rasa meremang bulu roma.. “
” So kalau makan kek tapak kuda ustaz masyaAllah tu suara terus sedap macam ni ke Kak Ninie, hehee..Β Sambil duduk je eak Kak Ninie kita bawa lagu ni.. “
” Nyanyi lagu melayu best, nyanyi bahasa lain pun best.. MemangΒ talented singer betul lah.. Untung Malaysia ada Ernie Zakrie.. “
” Meremang sisturrrrr dengarrrr huhuuuuuuuuuuuuuuuuu bravooooo.. Sedap secukup rasa .. Menyanyi dalam kereta tapi dah macam dekat konsertttttt.. “
” Walaupun aku tak faham, tapiiiii seriusss Wowww sangat lah.. Meremang habis kita yang dengar.. Cover paling sedap setakat ini.. “
” Suara dia depan2 5 kali padu.. Meremang bulu roma dengar dia nyanyi dekat event.. Aura dia nyanyi memang lain macam.. “
Memang sedap betul suara Ernie menyanyi lagu ini, patutlah ramai yang memuji. Ini lah kekuatan sebenar Ernie dan keunikan talent yang membezakan Ernie dengan penyanyi-penyanyi lain. Apa-apa pun semoga Ernie terus maju jaya dalam bidang nyanyian.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok erniezakri23, IG erniezakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak