Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedapnya suara Che Ta.. ” – Netizen

Video Rozita Che Wan Menyanyi Ketika Di Majlis Pelancaran Produknya Raih Perhatian Warganet. Wah Pertama Kali Tengok Che Ta Menyanyi, Sedap Juga Suara Che Ta. Che Ta Kata Tak Nak Kalah Dengan Kak Lina Pom Pom, Hehe !!

Rozita Che Wan antara pelakon yang sudah lama bergiat dalam industri seni tanah air. Sejak awal kemunculannya sehingga lah sekarang, nama Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta ini menjadi perhatian ramai dan Che Ta juga mempunyai ramai peminat.

Selain itu, gaya Che Ta yang sering tampil cantik dan pandai berfesyen sering kali mendapat pujian. Meskipun bakal memasuki usia 50 tahun, Che Ta masih maintain awet muda. Seperti selebriti lain, Che Ta juga mengembangkan cabang kerjayanya dalam pelbagai bidang.

Klik gambar untuk info..

Banyak produk yang dihasilkan oleh Che Ta atas penjenamaannya sendiri dan mendapat sambutan hangat. Meninjau di akaun Tiktok Che Ta sendiri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Che Ta sedang menyanyi di majlis pelancaran produknya.

Tampil mengenakan busana bertemakan keemasan, Che Ta berjalan masuk ke dalam dewan sambil menyanyi. Perkongsian tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 80 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

@rozitachewan1

Kami pun tak nak kalah ! Nk lawan kak lina pompom launching album jgk haqi ni🀣🀣🀣🀣🀣 . Uolsssss hat mana yg kulit bercapok dgn jeraqat jerawat tk kan nk tgk pipi org lain gebu tegang balik kampong time qaya nanti ?? Tk kan nak kalah ? . SERUM CEKANG JELITA boleh bantu mencantikkan kulit uolsss . . #cekangjelita #cekangsampairaya #cheta #rcw #rozitachewan #byrcw #fyp #fyp #viral #serumviral

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Di ruangan komen, ada yang mengatakan suara Che Ta menyanyi sedap didengar. Komen menarik daripada warganet adalah :

” Woww.. Sedapnya suara Che Ta.. Bukan ke lagu Kiah Pekasam tu lagu Che Ta… Ok gak lagu2 mcm tu.. Lagu-lagu happy jer.. “

” Eewaaaaaah… Eh.. Ah.. Eh.. Ewaah.. Hadir suppoort follow.. Kalau tak melet0ps bukan Che Ta lah.. Baju byak betul duit syiling, bling2 tgk.. “

Klik gambar untuk info..

Sempat Che Ta berseloroh di ruangan kapsyen mengatakan yang dia juga tak nak kalah dengan Elly Mazlein yang turut membuat pelancaran album baru pada hari yang sama. Tak sangka Che Ta pun boleh menyanyi juga yer, boleh tahan sedap juga suara Che Ta.

Untuk sekadar info, Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama Zain Saidin yang juga seorang pelakon. Perkahwinan tersebut adalah kali kedua buat Che Ta dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok rozitachewan1, IG rozitachewan93, aaisyahdhiarana111

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT