Artis / Selebriti
” I’m so proud of you anak, this is only beginning and i know you will do wonders.. ” – Erra Fazira
Video Anak Erra Fazira, Engku Aleesya memperkenalkan buku kanak-kanak hasil karyanya raih pujian ramai. Wah, power lah Aleesya. Dah lah cantik dan pandai, hebat pulak tu. Tahniah..
Tidak cukup dengan keputusan cemerlang yang diraih dalam peperiksaan antarabangsa baru-baru ini, anak kepada primadona Malaysia, Erra Fazira iaitu Engku Aleesya kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini Aleesya membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja pintar, tetapi turut memiliki bakat besar dalam dunia penulisan kreatif.
Meninjau di akaun Instagram milik Erra, telah dikongsikan video yang memaparkan Aleesya tampil memperkenalkan buku kanak-kanak pertamanya yang diberi judul Little Nina and the Virtues of Fatimah az-Zahra. Menerusi video berkenaan, Aleesya turut menerangkan bahawa buku tersebut dipersembahkan dengan ilustrasi yang berwarna-warni serta reka bentuk yang ceria bagi menarik perhatian kanak-kanak.
Menerusi kapsyen pula, Erra meluahkan rasa syukur kerana Aleesya bukan sahaja tekun dalam pelajaran, tetapi juga aktif mencari peluang untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Perkongsian ini juga membuatkan ramai yang memberikan pujian kepada Aleesya atas usaha dan kreativiti yang ditonjolkan.

Bahkan bukan itu sahaja, warganet juga kagum dengan keberanian dan dedikasi Aleesya lebih-lebih lagi kerana dirinya masih muda tetapi sudah mampu menghasilkan karya yang berimpak positif. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet kepada Aleesya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wah, hebatnya Aleesya! Baru 16 tahun tapi sudah terbitkan buku sendiri, memang inspirasi.. Tahniah Aleesya.. “
” Ilustrasi buku ni pun cantik sangat, mesti kanak-kanak suka baca sambil belajar nilai murni.. Good job Aleesya.. “
” Kagum arr tengok Aleesya multitasking, cemerlang akademik dan kreatif dalam penulisan pula.. “
” Buku mcm ni sgt sesuai lah utk anak2.. Boleh ajar mereka sifat baik sambil enjoy cerita.. Congrast Aleesya.. “
” Dah lah cantik, pandai menulis pula tu.. Teruskan menulis, Aleesya.. Semoga buku ni jadi inspirasi dan bermaafat utk semua.. “
” Tak sangka umur 16 tahun dah ada buku sendiri, bukan je cemerlang dalam pelajaran.. Bangga lah tengok.. “
” Comel tengok Aleesya excited kongsi bukunya.. Tumpang happy dengan kejayaan Aleesya ni, tahniah tau.. “
Pencapaian Aleesya ini membuktikan yang Aleesya seorang remaja serba boleh. Sama ada dalam akademik dan juga kreativiti. Semoga ebih banyak karya besar daripadanya pada masa akan datang dan seterusnya menjadi inspirasi kepada remaja luar sana untuk tidak takut berimpian dan terus berkarya. Tahniah Aleesya..

Silakan SHARE..
Sumber :IG errafazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Touching lah tengok Che Ta ci um tangan menantu dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen

