Artis / Selebriti
” Ibu terpayung pun boleh lah Afwa. Tersasul-sasul Afwa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Afwa Cuba Memujuk DS Siti Nurhaliza Untuk Menonton Televisyen Buat Warganet Terhibur. Amboi Afwa, Sweet Sungguh Ayat Afwa Ni, Mana Lah Ibu Tak Cair. Comel Afwa, Berbelit-Belit Lidah Nak Sebut, Haha !!
Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan pengarang jantung penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Banyak moment indah kedua-dua anaknya ini yang dirakamkan oleh DS Siti untuk kenangan. Aafiyah dan Afwa membesar dengan sihat dan memiliki sikap yang berbeza.
Sebelum ini tular satu video Afwa merajuk dengan ibunya kerana sedang melayani Aafiyah. Kata-kata Afwa ketika itu menyebut ‘ Ibu tak sayang Afwa ‘ mencuit hati warganet. DS Siti juga ada mengajuk gaya Afwa merajuk menerusi salah satu video livenya sebelum ini.
Menerusi perkongsian terbaru DS Siti di akaun Tiktok miliknya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Afwa cuba memujuk DS Siti kerana ingin menonton televisyen. Sambil botol susu di mulutnya, Afwa bermulut manis dan menyebut ‘ Ibu terpayung’.
Aafiyah segera membetulkan ayat adiknya itu dan menyuruh Afwa menyebut ‘ Ibu sayang intan payung’. Sukar juga untuk Afwa menyebut ayat itu pada awalnya. Dari terbaring, Afwa bangun dan duduk baru lah boleh terkeluar ayat manis untuk ibu. Comel sungguh Afwa mengatakan ‘ ibu sayang intan payung, nak tengok TV boleh’.
Jom tonton video di bawah :
@toktitiktok Ayat manis sebelum dapat tengok TV ye…
Perkongsian oleh DS Siti ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Muka baekhyun sungguh lah afwa nii.. Dari ibu tak sayang afwa kepada ibu sayang intan payung.. geram lah dengan afwa ni.. ”
” Tokti… buat banyak lagi video afwa hensem macam lee min ho ni.. please hehe.. comel je ayat manis afwa nak pujuk ibu, mulut manis hero kecil ibu ni.. ”
” Ibu terpayung pun boleh lah Afwa haha.. Sampai terpayung ibu tau afwa. Oo muhammad Afwa sweet talker eh. Acik pun cair ni.. ”
” Tak cukup nafas kalau baring ye.. kena duduk baru lancar afwa sebut ye hehe.. comey betul.. ”
” Susah betul dia nak menghafal, comel afwa ni.. Tersasul sasul Afwa, sweet je Aafiyah betulkan ayat adik.. ”
” Ayah sweet talker macam ni eh haha.. Amboi ibu sayang intan payung.. sweet talkernya afwa.. ”
” Ibu terpayung haha.. afwa lah geram auntie tengok.. dia terpayungkan je tokti ye kihkih.. ulang-ulang tengok suka dengar afwa cakap.. ”
Seronok warganet mendengar ayat manis Afwa itu, demi hendak menonton TV, sampai terbelit-belit lidah hendak menyebut ‘ibu sayang intan payung’. Sudah tiada lagi ayat ‘ Ibu tak sayang Afwa’ sekarang. Semakin besar semakin bijak Afwa, semoga membesar dengan sihat selalu Afwa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Nurhaliza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen