Artis / Selebriti
” Wah hebatnya buat ID sendiri. Mewah rumah Sky, lawa betul.. ” – Komen Netizen
Ridzokumura Kongsi Video House Tour Rumah Anaknya, Sky Buat Ramai Kagum. Wah Untung Sky, Nenek Jepun Dia Belikan Rumah. Bukan Sahaja Besar Dan Luas Tapi Cantik Sungguh Dekorasi Dalamannya. Idea Ridzokumura Memang A+, Dah Macam Hotel 5 Bintang !!
Meninjau akaun Instagram Ridzokumura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ridzokumura membuat house tour rumah kepunyaan anak lelakinya, Sky. Cerita Ridzokumura, rumah ini adalah hasil pemberian ibu kepada Akiko untuk Sky.
Sejak 7 tahun lepas lagi, rumah ini tidak berpenghuni kerana Akiko lebih suka untuk tinggal di rumah mereka sekarang. Setelah berfikir panjang, Ridzokumura akhirnya mengambil keputusan untuk menyewakan rumah ini kepada penyewa yang layak.
Rumah yang terletak di kawasan Mont Kiara ini disewakan dengan kadar RM13 ribu sebulan dan bakal penyewanya merupakan foreigners. Berat juga hati Ridzokumura untuk melepaskan rumah ini ke tangan orang lain tetapi itu yang terbaik untuk masa sekarang.

Ridzokumura menunjukkan keseluruhan rumah itu bermula dari pintu utama, ruang tamu, ruang makan dan semua bilik yang ada. Rumah ini dilengkapi dengan semua perkakas rumah dan paling menarik adalah semua interior design rumah ini idea dan hasil tangan Ridzokumura sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ridzokumura ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wahhh hebatnye buat ID sendiri. Lawa giler. Baru nk tnya ID mana … great job bang.. Love sangat interior dia.. ”
” Cantik deco rumah ni.. dinding lorong ke bilik tu cantik sangat .. tempah dengan siapa lukisan tu.. ”
” Bang, berapa keluasan rumah ni.. tanya je.. nak beli tak mampu teman weyyy.. beautiful and spacious house.. ni masuk pun boleh sesat ni.. ”
” Memang sayang dan cantik dalamannya.. cantik sangat ni, 13k sebulan kecik-kecik sky dah ada income.. ”
” Besarnya rumah, cantik gila.. Mewah rumah Sky.. love sangat.. jadila teman numpang nengok aje pun udah seronok bebenor.. ”
” Cantiknya rumah.. ulangkali tengok sebab auto rasa macam rumah sendiri.. berangan free tak salah kan hehe.. ”
” Kalau aku jenuh raba… mana pintu masuk.. mana pintu jamban… ayooo cantik gilaaaaaaa…. nak jadi cucu tok sky boleh x hehe.. ”
Mewah sungguh hiasan dalaman rumah Sky ini. Beruntung penyewa rumah Sky kerana semuanya sudah tersedia dengan cukup lengkap. Keputusan terbaik yang Ridzokumura lakukan untuk masa depan Sky. Yang penting Sky akan ada pendapatannya sendiri hasil daripada rumah sewa ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

