Artis / Selebriti
” Berdekah aku dengar respon Dato’ Sri Sabri. Sorry Dafi, aduan awak tak berjaya, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dafi Menelefon Ayahnya, Dato’ Sri Ismail Sabri Mahu Mengadu Masalahnya Buat Ramai Terhibur. Aduhai Punya Lah Semangat Dafi Cerita, Sekali Senasib Dengan Papanya Pulak, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram radio Hot FM telah dikongsikan dua video yang memaparkan penyanyi Dafi telah dijemput hadir ke konti dalam segmen Bekpes Hot untuk borak-borak bersama tiga penyampai radio iaitu Fara Fauzana, AG dan Johan. Menerusi video pertama, Johan ada bertanya kepada Dafi, adakah pagi ini Dafi membuat panggilan telefon kepada sesiapa.
Kata Dafi, orang pertama yang dia telefon adalah ibunya, Datin Sri Muhaini meskipun mereka sebenarnya duduk serumah. Hal ini kerana Dafi mahu mengadu nasib gara-gara mendapati kasut yang mahu dia pakai pagi ini sudah terkena air kencing kucing peliharaan ibunya sendiri.
Namun kata Dafi, respon yang diberikan oleh Datin Sri Muhaini kepadanya sangat mengecewakan. Manakala video kedua pula, Dafi menelefon ayahnya pula iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri. Seloroh Dafi kepada Dato’ Sri Ismail dengan berkata mahu membuat aduan rakyat.

Dafi menceritakan hal yang sama kepada Dato’ Sri Ismail dan tidak disangka jawapan yang diberikan oleh Dato’ Sri Ismail telah membuat semua orang berdekah ketawa. Sehingga kini, video Dafi tersebut menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur menontonnya. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Berdekah aku dengar respon Dato’ Sri Sabri. Sorry Dafi, aduan awak tak berjaya, haha.. Pagi ni memang best betul dengar, sambil drive sambil gelak.. “
” Aku tak bela kucing, tapi sofa aku dkt garaj selalu jadi mangsa kucing kencing. Terbaru ni dia ber4k atas sofa tu, aku terus buang sofa tu. Kita dah bg port lepak, adoii.. “
” Penyabar.. Susah nk jumpa org yg redha kena kencing kucing ni, hahahaha.. Mak2 memang, dah kucing dia bela, tak kan dia nk marah, hehe.. “
” Dafi ni tak makan tua muka diaa eaakkk mcm tuuuy je kan.. Aku ni pula rasa dah tua dari Dafi.. Padahal dulu aku budak lagi masa dia masuk AF.. “
” Saya bela kucing tp kucing mmg duk dlm umah je tp kucing jiran pulak yg kncing kat laman saya.. Huhu ger4m pula saya.. Nak marah tapi kena sabar.. “
” Kelakar betul jawapan Dato’ Sri, kita yang dengar pun redha sekali, hahahahahaha.. Sabar lah Dafi, awak senasib dengan papa awak.. “
” Aduan tak berjaya, pastu jawapan plk kelakar.. ‘Perkara biasa’.. Lawaklah Dato Seri pun, hehe anak baru nak meluah perasan, haha.. “
Alahai Dafi, bertabah lah aduan ‘rakyat’ tidak dapat dibantu oleh ayahnya. Akui Dato’ Sri Ismail, Dafi seorang anak yang manja dan dia lebih manja dengan ibunya. Selain itu, ada peminat mengatakan Dafi kelihatan muda dan wajahnya tidak dimamah usia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

