Artis / Selebriti
” I don’t know why aku rasa seb4k tengok ni.. ” – Fouziah Gous

Siti Elizad Sharifuddin Kongsi Cerita Perjalanan Proses IVF Yang Baru Bermula. Semoga Impian Untuk Memiliki Anak Dimakbulkan Allah. Kuatkan Semangat Elizad !!
Meninjau akaun Instagram Siti Elizad Sharifuddin, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memperlihatkan perjalanan proses IVF yang bakal dijalani Elizad. Perancangan yang sepatutnya bermula Aidilfitri lalu tergendala dek kerana Elizad yang masih terikat dengan jadual penggambaran drama Jalan Ses4t Ke Syurga.
Untuk rekod, Elizad mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi Shamsul Baharin Rahman pada April 2015. Rumahtangga mereka yang sudahpun bertahun-tahun terbina sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat.
Sebagaimana pasangan lain yang berkahwin, pasti semuanya memiliki impian untuk memiliki anak sendiri. Elizad yang seringkali ditanya soal anak berasa tertekan dengan sind1ran sinis dan kec4man orang di sekeliling kerana statusnya yang masih belum bergelar ibu. Elizad mengambil inisiatif untuk menjalani proses rawatan kesuburan sebagai langkah untuk mendapatkan anak.
Sebagaimana perancangan, Elizad memulakan sesi pertama proses ini semalam untuk sesi yang pertama. Elizad turut dinasihati oleh doktor untuk tidak melakukan sebarang aktiviti lasak supaya memberi ruang kepada kelancaran proses IVF ini selepas 2 minggu dari sekarang.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya..)
Perkongsian Elizad ini mendapat perhatian ramai rakan artis dan juga peminat. Rata-ratanya mendoakan semoga ada rezeki buat Elizad menimang cahayamata kali ini. Antara komen-komen mereka :
” Bismillahirahmanirahim, kurniakanlah zuriat bg pasangan ini ya Allah. Yang sempurna sifat dan akhlaknya, yang akan menjadi anak yang soleh /solehah, yang akan sentiasa mendoakan mereka.. ” – Lisa Surihani
” AMIN. Take it slow, inshallah.. ” – Awal Ashaari
” I don’t know why aku rasa seb4k tengok ni.. ” – Fouziah Gous
” Ya Allah moga Allah perkenankan sgl doa ijat…. amin ya Allah.. “
” Aminnnnn semoga dpt baby twin / triplet yg comel, sihat sempurna.. “
” Semoga dikurniakan zuriat soleh dan solehah terus pada treatment kali ini.. “
” Semoga lancar segala urusan dan ada rezeki kali ni… amin.. “
” Semoga Allah swt memberikan kej0tan yang amat ditunggu tunggu pada waktu yang terbaik.. “
Ramai yang mendoakan agar Elizad berhasil untuk hamil dalam proses IVF nya nanti. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, berusaha, berdoa dan tawakal. Bak kata Dato’ Siti Nurhaliza, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kami di Berita Kopak berharap agar segalanya dipermudahkan buat Elizad dan impian bakal jadi kenyataan. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elizad Sharifuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen