Connect with us

Artis / Selebriti

” Herot-herot mulut, dia perhati satu persatu cara babanya menyanyi. Nakal Zaki, haha.. ” – Netizen

Video Zaki Yamani Meniru Cara Babanya, Dato’ Jamal Abdillah Menyanyi Buat Warganet Terhibur. Eh Eh Bukan Setakat Suara, Dengan Gaya Mulut Pun Zaki Tiru. Nakal Sangat Ni Zaki. Nasib Tak Semput Eh Menyanyi Sambil Baring, Hehe !!

Zaki Yamani nama yang mula dikenali ramai kerana suaranya yang persis babanya, Dato’ Jamal Abdillah. Tidak hanya bersandarkan kepada populariti Dato’ Jamal, Zaki membuktikan bakat nyanyiannya apabila memenangi salah satu program realiti anjuran TV3 sebelum ini.

Anak yang bijak dan suka mengusik, gelagat Zaki sering mencuri perhatian warganet. Meninjau ke akaun Tiktok Dirafdias84, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Zaki meniru suara dan gaya babanya ketika menyanyi. Zaki kelihatan sedang santai berbaring di atas sofa sambil menyanyi.

Klik gambar untuk info..

Mengalunkan salah satu lagu popular Dato’ Jamal berjudul ‘ Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan ‘, gelagat Zaki ini menggeletek hati warganet yang menonton video tersebut. Zaki punya level mengajuk bukan biasa-biasa, pergerakan mulut baba pun semua Zaki sudah hafal.

Sampai senget mulut Zaki ketika menyanyi supaya nampak sama seperti Dato’ Jamal. Suaranya memang serupa dengan Dato’ Jamal, wajah pun ‘jambu’ macam babanya ketika muda remaja dahulu. Nakal juga Zaki ini ye, nasib la suaranya sedap. Kalau tak, tentu kena sound dengan baba.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@dirafdias84

Suka betul @ZakiYamani ajuk bapaknya . Yelah … mana tumpah kuah kalau x ke nasi kan!?? Leh ganti ayahnya nanti … #love #zakiyamani #jamalabdillah #fyp #fypシ゚viral #fypシ

♬ original sound – DirafDias – DirafDias

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Zaki ni nakal lah …. dia perhati satu persatu cara Babahnya menyanyi .. anak anak.. terbaik.. pewaris suara Datuk Jamal Abdillah.. ”

” Dia ni ngikut betol muka bapaknya masa muda.. jambu betoii hihi. tersengeh aku sorang² tngok die ajuk cara ayah dia.. ”

” Marah peminat ayah ko nanti tapi sebijik.. suaranya sama suara ayahnya.. Caya la dik.. maaf tergelak tengok senget-senget mulut tu gara-gara nk tiru baba haha.. nk kena lepuk dengan baba ni Zaki.. ”

”Anugerah Allah untuk kau anak ooiii.. suara sama ayah nya dato jamal.. sambil baring je.. sempoi.. suara memang lunak merdu.. ”

” Herot-herot mulut ikut ayah dia, nakal lah Zaki haha. terangkat kaki-kaki punya ajuk bapak dia.. ”

” Ni dia nyanyi baring, ko tunggu dia nyanyi berdiri pulak.. sedap gila suara, sebijik babanya.. ”

” Nyanyi sambil baring tuu.. Power tu.. lawak lah dia ni. dia punya mengajuk baba nya sampai senget mulut-mulut haha.. baba tengok Zaki ni, nakal.. ”

” Anak bapak kan mesti laah pandai ajuk ayahnyaa.. suara pun mantap.. mmg senyum sampai telinga kalau ayah dia tengok.. ”

Klik gambar untuk info..

Pandai sungguh Zaki meniru babanya. Kalau baba tengok, mesti baba Zaki gelak sebab terhibur dengan gelagat anaknya ini. Apa-apa pun, seronok mendengar nyanyian Zaki tu dan tak mustahil suatu hari nanti Zaki boleh menjadi penyanyi yang hebat macam Dato’ Jamal.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Dirafdias84

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT