Connect with us

Artis / Selebriti

” Time dia jalan mula-mula ingat anak Raja mana la tadi, cantik sungguh.. ” – Netizen

Video Penampilan Anak Perempuan Que Haidar Dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar Hadir Ke Sebuah Majlis Cur1 Tumpuan Ramai. Alahai Cantiknya Ratu Pakai Abaya Dan Selendang Pink, Manis Sungguh !!

Umum mengetahui yang pelakon Que Haidar telah mendirikan rumahtangga bersama Linda Jasmine. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Kedua-dua anak pasangan ini mempunyai minat dalam bidang modeling dan mereka sering menjadi model pelbagai keluaran jenama fesyen. Terbaru, meninjau ke akaun Instagram Nona, telah dikongsikan video yang memaparkan kehadiran Tengku Ratu Haidar bersama ibunya ke sebuah majlis.

Klik gambar untuk info..

Menerusi video itu, Ratu tampil begitu anggun dengan memakai baju abaya dan selendang berwarna pink. Wartawan daripada Nona sempat menemuramah Ratu serta bertanya mengenai perkembangan Ratu sekarang dan perjalanan hala tuju kariernya.

Walaupun baru berusia 15 tahun, Ratu kelihatan sangat matang daripada usianya. Penampilan Ratu tersebut menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Ratu kelihatan seperti seorang anak Raja yang sedang berjalan menerusi video tersebut.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kecantikan Ratu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Time dia jalan mula-mula ingat anak Raja mana la tadi, cantik sungguh.. Boleh pergi jauh. Kene polish BM, English dah perfect.. “

” Betul la org cakap, masa kecik lain, dah besar lain… Macam muka bapak dia.. Cantik sangat sangat sangat sangat sangat.. “

”  Tak tau nak cakap cam mane mata dia, uuissshhh lawo betul ke dalam cm tu.. Dah ada dar4h kacukan kan.. Good luck Ratu.. “

” Lain nyaaa kakakkkkkk.. Kalau ku  tak baca caption.. Mamp0ih ku ingat anak raja mana lah tadi, hehehe.. Cantiknya Ratu sekarang.. “

” Ehh besar dah diaa hehe cantiknyaaaa tengok Ratu.. Yer boleh pergi jauh lagi niii.. Nampak ada bakat,  boleh diasah lagi.. “

” Nampak lembut org nya cantikk.. Mix mau  tak segak.. Macam mak dia lah muka.. Aura dia dah mcm model international.. “

” Dah anak dara besar cantik.. Ingtkan model cina td.. Cantik nyerrr Ratu.. Kejap betul yer dia dah besar sekarang.. “

Klik gambar untuk info..

Petah bercakap, gaya dan kecantikan Ratu saling tidak tumpah seperti ibunya. Akui Ratu, impiannya mahu menjadi pelakon seperti ayah dan belajar menari seperti ibunya. Apa-apa pun semoga Ratu terus maju jaya dalam apa jua bidang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG majalahnona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT