Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari ni kita naik kereta dengan Awang.. ” – Fazura

Video Fazura Menyakat Fattah Dalam Kereta Buat Peminat Terhibur. Part Fazura Minta Fattah Bagi Ucapan Tu Kelakar, Sabar Je Lah Fattah Dapat Isteri Suka Mengusik. Yang Last Tu Sweet !!

Bagi yang mengenali pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin pasti mengetahui pasangan selebriti ini adalah pasangan yang serasi dan romantik. Ada sahaja perkongsian terbaru mengenai Fazura dan Fattah di media sosial menjadi tumpuan warganet.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram fans Fattah dan Fazura telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat pasangan ini sedang berbual dalam kereta. Video tersebut dirakamkan sendiri oleh Fazura.

Fazura mengatakan yang dirinya sedang menaiki kereta bersama ‘Awang’ iaitu watak Fattah menerusi filem Mat Kilau. Selepas mendengar kata-kata usikan daripada Fazura, kelihatan Fattah terus ketawa.

Fazura meminta Fattah memberikan sedikit kata-kata sempena kejayaan Filem Mat Kilau yang telah meraih kutipan sebanyak RM12.2 juta di pawagam selama 4 hari ditayangkan. Ketika Fattah memberikan kata-kata tersebut, sempat Fazura menyak4t Fattah.

Jom tonton video di bawah ini :

Perkongsian video itu telah buat peminat terhibur melihat gelagat Fazura yang suka menyak4t suami tersayang. Antara komen peminat adalah :

” Yang last part tu cute, memang kaki nyakat la mommy Fatima ni. Sesuai sgt la dgn fattah tu yg mcm pem4lu tu, haha.. “

Wah dalam suka menyak4t pun masih nampak sweet pasangan ni. Aksi mereka seolah seperti baru sahaja mendirikan rumah tangga. Tak sangka sekarang Fazura memang suka menyak4t Fattah, m4lu-m4lu Fattah dibuatnya.

Apa-apa pun, di kesempatan ini kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Fattah, kerana berjaya membawa watak Awang dengan baik menerusi filem Mat Kilau. Dengar kata, filem tersebut telah mendapat rating 10/10 dari para penonton, memang terbaik lah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jetaime.fattzura, missfazura, fattahaminz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT