Artis / Selebriti
” Happy birthday Shabil Iman. Sedih betul baca luahan Shafnie.. ” – Komen Netizen
Shafnie Zainuddin Kongsi Video Dan Ucapan Hari Lahir Buat Anak Keduanya, Muhamad Shabil Iman Yang Ke 25 Tahun Buat Ramai Tersentuh. Luahan Hati Seorang Ibu Yang Hebat Untuk Seorang Anak Yang Hebat !!
Siapa yang tidak tertawan apabila melihat raut wajah jelita Shafnie Zainuddin yang lembut dan penuh dengan sifat keibuan. Untuk rekod, Shafnie pernah bergelar isteri kepada seorang pengacara terkemuka tanah air, Dato’ AC Mizal tetapi jodoh mereka tidak panjang dan kedua-duanya membawa haluan masing-masing. Perkahwinan itu menganugerahkan Shafnie 2 orang anak lelaki iaitu Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman.
Meninjau entry terbaru Shafnie di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar Shabil dari zaman kanak-kanak sehingga lah usianya sekarang. Tanggal 22 Jun tahu ini genap lah usia Shabil yang ke 25 tahun dan Shafnie mencoretkan ucapan khasnya untuk Shabil.
Tahun ini sedikit berbeza kerana Shabil menyambut ulangtahun kelahirannya sebagai status suami orang. Shafnie mengungkapkan rasa bangganya dengan segala pencapaian Shabil dan menyifatkan Shabil sebagai suami, anak, cucu, adik dan bapa saudara yang baik untuk keluarga mereka.
Segala kebaikan dalam diri Shabil itu semuanya asbab hasil didikan Shafnie yang sentiasa memastikan anak-anaknya diasuh dengan baik. Tidak mudah membesarkan anak sebagai ibu tunggal tetapi Shafnie berjaya mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shafnie itu sehingga kini telah pun meraih lebih 900 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy Birthday Shabil.. May Allah bless you always… And may always be the coolness to the eyes of your Mama. Aamiin… You raised your boys well Tim.. ”
” Happy birthday Shabil Iman…. Semoga bahagia menjadi milik kamu sekeluarga. Sedih betul baca luahan Shafnie.. ”
” Macam baru kelmarin Uncle jumpa budak comel ni, dah besar panjang dan menikah pun.. happy birthday Bil , Uncle doakan korang berdua dikurniakan rezeki dan keturunan yang soleh solehah.. ”
” Congratulations and happy birthday to your son Shafnie. Alhamdulillah semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki aminn.. ”
Comel sungguh wajah Shabil ketika zaman kanak-kanak dahulu. Chinese look dan chubby badannya, tetapi apabila sudah meningkat dewasa kacak dan bergaya. Menerusi video ini juga dapat dilihat, Shabil anak yang penuh dengan kasih sayang terhadap Shafnie dan adik beradiknya.
Hasil usaha Shafnie membesarkan Shabil, kini Shabil sudahpun bergelar guru. Satu kejayaan buat sang ibu apabila melihat anak berjaya dalam hidup. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Shabil dan semoga berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shafnie Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bobo ni lama lama tengok sweet jugak.. ” – Ummi Nazeera