Artis / Selebriti
” Sakit perut aku ketawa, masuk air betul Rina. Bey soba bey versi Shakira, lawak.. ” – Komen Netizen

Video Rina Nose Meniru Gaya Shakira Ketika Bercakap Dan Menyanyi Buat Ramai Terhibur. Adui Pecah Perut Dengan Jenaka Rina Ni. Lawak Betul, Lagi-Lagi Part Nyanyi Lagu Bey Soba Bey. Berdekah Semua Gelak, Haha !!
Rancangan realiti The Hardest Singing Show Malaysia telah pun memasuki minggu ke 7 dan semalam menyaksikan ke semua peserta melakukan persembahan terbaik. Tema untuk minggu ini ialah Dunia Belagu dan lagu-lagu yang dipertaruhkan juga menguji kemampuan peserta.
Selain peserta, hosnya Nabil Ahmad dan Rina Nose antara yang menjadi tarikan pada minggu ini. Rina saban minggu semakin serasi dan sekepala dengan Nabil. Ada sahaja jenaka spontan mereka berdua yang menggeletek hati penonton di dewan dan di rumah juga.
Meninjau entry di akaun Tiktok Dirafdias, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Rina dan Nabil membuat aksi lakonan. Rina sebagai Shakira ternyata membuat semua berdekah ketawa. Baik dari gaya bercakap mahu pun menyanyi, Rina memang juara meniru suara.
Begitu in character Rina sehinggakan bercakap pun ada lenggok Shakira. Rina juga menghangatkan lagi suasana apabila menyanyi lagu viral Bey Soba Bey tetapi dalam versi rentak lagu Shakira. Bergema ketawa penonton menonton aksi Rina itu. Rina sememangnya seorang hos dan penghibur yang berbakat besar.
Jom tonton video di bawah :
@dirafdias84 Kelakau betul si rina nose ni erk.. Dia tiru shakira lah erkkkkkk!!!! Sama pulak suaranya …. #love #rinanose #fypシ゚ #fypシ゚viral #fyp #thehardestsingingshow
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dulu dengan kak kepom, aku kureng sikit. Tapi dengan nabil Ya Allah lagi masuk air si rina nose ni haha.. ”
” Aku minat dia sebab dia masuk air. lagi2 kalu collab ngan kak kepom.. dia ni lucu yg x buat² dan x gedix.. ”
” Aku rsa rina nose nyanyi lagu Bey soba bey ni versi shakira mantap haha.. dia ni masuk air yang kreatif.. ”
” Rina ni kelakar, semua gaya dia boleh tiru. Lepas ni Rina Nose banyak job la.. Shakira versi shopee haha.. penat betul ketawa tengok part ni.. ”
” Sakit perut aku ketawa.. Power lah si Rina ni. masuk air dan lawak semulajadi. tak pasal-pasal Shakira nyanyi lagu bey soba bey haha.. ”
” Terbaik lah dia ni haha. lawak giler.. aku paling ketawa dengar dia nyanyi lagu bey soba bey tu. kreatif betul eh ditukar jadi versi shakira.. ”
”Rina ni kalau buat lawak memang betul nampak lawak. Dekah aku part last tu. Bey soba bey versi Shakira, kau hadooo haha.. ”
Rina sememangnya sangat kreatif dan tahu selera penonton. Lawak Rina memang bersahaja dengan muka selambanya itu. Ramai tidak menyangka Rina akan menyanyikan lagu loghat Kelantan tetapi menggunakan lenggok suara Shakira itu. Terbaik lah Rina Nose dan semoga terus dimurahkan rezeki.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dirafdias84
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen