Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuhh, sis Sheila train awal noh Cik Bunga jadi penyambung legasi.. ” – Komen Netizen

Video Bunga Elhaq membantu Shiela Rusly memasak di dapur. Alahai Bunga, semua benda dia nak buat. Kecil-kecil lagi dah rajin tolong Nanna masak. Bak kata Nanna, kalau rajin macam ni, lagi setahun Bunga dah boleh masak untuk Nanna pulak, hehe..

Bagi yang mengikuti pelakon Sheila Rusly pasti mengetahui yang Sheila sekarang sudah mempunyai seorang cucu perempuan. Diberikan nama sebagai Bunga Elhaq, ayah kepada Uzair Haqimy dan Elisya Sanda ini turut mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sheila, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Bunga turut membantunya menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Kelihatan Bunga membantu memotong bawang dan mengisinya ke dalam bekas blender.

Seloroh Sheila pada penulisannya di ruangan kapsyen mengatakan, jika Bunga rajin membantu seperti ini, lagi setahun Bunga sudah boleh masak untuk dirinya. Menerusi perkongsian video kali ini, Sheila berkongsi menu masakan dari negeri Terengganu.

Perkongsian video oleh Sheila ini telah menarik perhatian warganet. Ada peminat meninggalkan komen dengan mengatakan Sheila sudah mula melatih Bunga untuk belajar memasak untuk menyambung legasinya. Sehingga kini, video perkongsian Shiela ini menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa suka setelah menonton yang dikongsikan oleh Sheila tersebut. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Fuhh sis Sheila train awal noh Cik Bunga jadi penyambung legasi.. Memang ngam betul bunga dgn nana dia. Bff forever n ever.. “

” Bagus kak Sheila buat gini. I have a very fond memory of my grandma melayan i sebijik mcm ni dlm dapur dia. This will be a huge memory for her as cucu.. “

” Masak pun sopan santun..minat memasak dh ada tu, boleh jd teman Nana kat dapo. Allahumma baarik Bunga so sweet.. “

” Cantiknya Bunga, rajin pulak tu.. Slmt berbuka sis.. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah.. “

” Sedapnye nasi minyak terengganu.. Favourite tu, daging gulai. Acar timun.. Btw saya pon org trgggnu.. Masakan sis Sheila semua sedap2.. “

” Aloooooo so cute Bunga tlg sis masalk inshallah besaqqnya nnt boleh masak utk sis.. Suka betul tengok cara sis layan cucu sis.. Kita tengok pun happy.. “

” Cik bunga ni sebijik mcm saya time kecik. Menempel je dgn mak kat dapo.. Kenangan sangat dulu2 dapat tlg nenek masak, hehe.. “

Komen Sheila :

Alahai Bunga, kecil-kecil lagi sudah pandai menolong di dapur. Bak kata Sheila, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mana tahu, nanti apabila Bunga sudah besar, Bunga juga pandai memasak pelbagai menu dan mempunyai restoran seperti neneknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sheilarusly_jspictures

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT