Artis / Selebriti
” Fuh dia panggil sayang, aku yang lembik dengar. Bergegar tulang rusuk , haish.. ” – Komen Netizen
Video Que Haidar memanggil Fazura dengan panggilan sayang buat peminat teruja. Alahai lembutnya Que panggil Fazura. Sweet sangat, cair lah dengar..
Que Haidar dan Fazura menjadi sebutan warganet sejak mereka digandingkan dalam kempen Jakel raya tahun 2026 ini. Keserasian dan persamaan antara Que dan Fazura membuatkan warganet suka melihat pasangan ini. Malah sesi takruf mereka secara live di Tiktok diikuti oleh ramai warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram The Haidars dan Fazura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan babak antara Que dan Fazura di set Jakel. Pada awal video, Que muncul keseorangan sebelum Que memanggil Fazura masuk dengan panggilan ‘ sayang ‘ .
Perbualan mereka mengenai baju Melayu dan sampin yang dipakai oleh Que santai dan bersahaja. Fazura juga membantu Que untuk memakai sampin keluaran Jakel yang cantik itu. Romantis sungguh melihat moment itu dan mata Que tidak lepas memandang Fazura.

Que juga sempat bergurau mengatakan Kak Lina Kepom ada membuat sesuatu di belakang sehinggakan baju Que dan Fazura tidak sedondon warnanya. Tak semena-mena, Eloi pula dipersalahkan oleh Que. Namun itu hanyalah sekadar gurauan Que sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haishh eloi juga yang salah haha.. dah pandai bersayang sayang pulak sekarang.. ambik lah planet ni.. hashtag penting.. “
” Laa aku sengih lebih lebih.. so sweet lah.. Sapa plan suh salahkan si eloi nii… Adoiii dan2.. sian eloi dipersalahkan. huhu sabar la ya.. aishh haha.. “
” Aaa blushing kita.. haishhh… Eloi la punca.. Hahahaha.. Xbaik tau.. jangan la pitnah Loi…. Hahaha.. sape sabotage eloii.. “
” Amboi amboi, bersemut.. tolong saya., saya tak boleh benti senyum.. Que mesti tgk faz wlwpun faz tgk tempat lain , byk Kali dah perasan. comel je haha.. “
” Takde terlepas-lepas, sayang terus.. awwww lantak lah berlakon pun, janji aku senyum happy tengok dorang berdua.. Doplohnam juta kali repeat reels ni! Aku cair dgn abg jamil panggil sayang tu.. “
” Fuh dia panggil sayang tu, so soft. Sayang …. Alahai aku yang lembik dengar…. Bergegar tulang rusuk , haishhhhhh …. tak boleh denial la., fazura dengan Que memang sepadan.. “
” Apeniiii,ini bukan lakonan ni.. jarang tgk dorg berlakon sengih tersipu2 gini, kite pun ikot sengih samaaa.. “
Tersengih-sengih warganet melihat lakonan Que dan Fazura itu. Walaupun hanya lakonan, ramai yang berharap agar ada yang manis-manis untuk Que dan Fazura. Apa-apa pun, semoga Fazura dan Que terus bersahabat baik dan meneruskan ukhuwah yang telah terjalin ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG The Haidars
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

