Artis / Selebriti
” Faz kekal nekad untuk demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.. ” – Fazura
Kenyataan Pertama Fazura Berkaitan Kes Perceraiannya Bersama Fattah Amin Sejurus Pulang Dari Mahkamah Raih Perhatian Ramai. Ada Sebab Fazura Nekad. Sebak Baca Ayat-Ayat Fazura. Lagi Touching Bila Sentuh Bab Fatima !!
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan sekeping gambar Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya dalam versi hitam putih. Fazura turut mencoretkan kenyataan pertamanya sejak isu rumahtangganya dengan Fattah Amin heboh diperkatakan di semua media massa.
Fazura memulai bingkisannya dengan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan tak henti-henti sejak seminggu yang lalu. Tegas Fazura, keputusan yang dibuat pada 13 September yang lalu untuk mengakhiri perkahwinannya bersama Fattah bukanlah sesuatu yang mudah.
Setelah segala pertimbangan, Fazura tetap dengan keputusannya dan ianya demi maruah Fazura sebagai seorang wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Fazura. Ini merupakan kenyataan pertama Fazura setelah proses sebutan kes dilaksanakan di mahkamah pagi tadi.

Untuk makluman semua, kes Fazura dan Fattah akan dibicarakan pada bulan 7 Oktober nanti dan pada hari itu, akan diputuskan samada perkahwinan itu boleh diselamatkan atau tidak. Daripada pihak Fattah sendiri, Fattah masih sayangkan Fazura dan ingin berbaik.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bykkan muhasabah diri faz.. selebihnya serah bulat2 pd Allah.. Semoga yang baik baik buat Kak Faz dan Bamtah.. May Allah ease everything.. “
” Demi maruah faz sebagai wanita, deep ayat tu.. love u Kak Faz dan Fatima so much.. Harap ada jln penyelesaian.. please jangan cerai, sedih lah.. “
” Tolonglah yaAllah. Satukanlah hati² mereka semula sebagai suami isteri.. Peliharalah hubungan mereka sentiasa dalam kebaikan. Jauhkan lah dari segala anasir yang tidak baik.. “
” Sedihlah kak Faz.. Semoga ada jalan untuk baikkan hubungan.. U know what u have been through. So jalan terus faz. Semoga dipermudah segalanya urusan.. “
” Kalau itu yg terbaik buat lah keputusan yg terbaik. Jadi kan contoh mcm mak ayah jebat berbaik demi anak.. “
” I believe in you kak Faz, you’re calm and wise person. Whatever decision you’re making, its about ur happiness and Fatima’s.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan dan sekiranya ini hanyalah pengajaran, Panjangkan jodoh mereka.. Semoga faz kuat inshalah.. “
Hanya Fazura dan Fattah sahaja yang mengetahui mengapa hubungan mereka menjadi sebegini. Sebagai peminat Fazura mahu pun Fattah, tidak perlu lah kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa. Sama-sama kita mendoakan semoga segala urusan Fazura dan Fattah dipermudahkan serta menemui penyelesaian terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

