Connect with us

Artis / Selebriti

” Fatima merajuk kejap je hari tu, biasa lah tu kan. Sweet je, sebak tengok.. ” – Komen Netizen

Video dan gambar terbaru Fattah Amin bersama anaknya, Nur Fatima Aisya buat peminat teruja. Alahai happy betul Fatima dapat bermanja dengan daddy. Bukan main lagi Fatima gelak ketawa, macam-macam bunyi keluar..

Tular baru-baru ini kenyataan daripada anak Fattah Amin dan Fazura, Nur Fatima Aisya mengatakan dia tidak menyayangi daddynya lagi. Pelbagai reaksi diberikan oleh wargamaya setelah mendengar kata-kata daripada Fatima itu. Ramai yang menyifatkan Fatima merajuk kerana terlalu singkat masa bersama daddynya.

Mengikut perintah mahkamah dan persetujuan bersama, Fattah diberikan hak lawatan harian dan bermalam. 2 kali sebulan lawatan bermalam dan 3 kali seminggu untuk lawatan harian, itu yang telah pun dipersetujui dan dijalankan oleh Fattah dan Fazura.

Menerusi perkongsian ini, Fattah menunjukkan beberapa keping gambar dan satu video dia meluangkan masa bersama Fatima. Kegembiraan terpancar daripada wajah Fatima dan gelak ketawa Fatima itu cukup menceritakan kebahagiaannya apabila dapat bersama daddynya.

Fattah pula tidak menulis sebarang kapsyen pada postingnya ini dan hanya menulis nama Nur Fatima Aisya sahaja. Tumpang gembira warganet melihat kegembiraan Fattah dan Fatima apabila bersama. Fattah merupakan cinta hati pertama Fatima dan akan selama-lamanya begitu.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 76 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Daddy nya tetap di posisi, santai & tenang. Moga Allah memelihara kasih syg mereka hgga ke hjg nyawa.. “

” Cinta hati daddy.. sebenarnya Fatima ketagihkan perhatian daddy.. Fatima sensible girl. Sending you my loves.. “

” Fatima merajuk kejap je haritu…biase lah tu kan…fatima kan kesayangan daddy dan mummy.. “

” Alhamdulillah kan dah cakap x jumpa daddy Fatima merajuk dah JUMPA ok je, biasa la anak kecil tak fahdm apa2, apa2 pon terbaik kedua mommy and daddy semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan aamiin2 ya Allah.. “

” Ni merajuk budak2 dia tak faham pun bila Daddy tak balik asyik alasan work dia jadi sedeh la. Beri lah ruang mereka jadi co parent yang terbaik buat Fatima.. “

” Sweet je tengok diaorg. Aku yang sebak… semoga fatima bahagia ngan daddy ngan mummy dia.. “

” Terima kasih fattah … hentikan gosip2 x sihat.. fatima okay je.. Tidak perlu caption, cukuplh gmbar & video sbgai bukti.. “

” Fatimah is so adorable little gal. Her daddy and mommy love her so much. Dia mungkin gagal dlm perkahwinan dia.. tp xbererti dia gagal jd daddy yg baik pd fatima… hopelly netizen jgn lew komen yg bukn2 lagi.. “

” Nyamma’s First Love.. Jumpa slalu nanti nyamma dh tak merajuk.. Hehe.. Both Comel.. kembar beraksi, mmg huru hara lahhh gelak ketawa mcm2 bunyik keluar.. “

Fatima cukup gembira dapat berjumpa dengan daddynya itu. Mungkin rajuk Fatima tempoh hari sudah terubat apabila daddy ada bersama. Semoga segala yang baik-baik untuk Fatima, Fattah dan Fazura dan sama-sama kita bagi ruang untuk Fattah dan Fazura menjadi co-parenting partner terbaik untuk Fatima.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Amin 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT