Artis / Selebriti
” Emosi aku lak tingtong ni, kejap sedih, pastu ketawa terbahak dengar Bell dengan KJ tu.. ” – Netizen
Video Bell Ngasri Bersiaran Di Konti Hot FM Bersama Adik Beradik Dan Mamanya. Kisah Bell Marah Mama Dan Peng0rbanan Bell Demi Keluarga Buat Ramai Tersentuh. Part Dengan KJ Pulak Lawak. Ad0i Huru Hara Konti, Kejap Nang1s, Kejap Ketawa. Penangan Bell !!
Masih terasa lagi bahang Anugerah Bintang Popular ABPBH35 dan sehingga ke hari ini, nama Bell meniti di mulut para penyokongnya. Sekali pun tanpa fan club, Bell berjaya mengatasi selebriti lain yang tidak kurang hebatnya. Di sebalik kejayaan Bell pasti lah kerana mamanya, Habibah Jaafar dan adik beradiknya, Datin Anne Ngasri dan Darling Ngasri.
Jika sebelum ini Bell hadir ke konti Hot FM bersama penyokong dari Persatuan Ibu Mengandung Comel, hari ini kedatangan Bell bersama mama, Anne dan Darling. Turut sama adalah pengarah Aziz M Osman. Menerusi akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana di konti sebentar tadi.
Bell yang masih merasa sayu atas kejayaannya ini mendedahkan yang dia pernah memarahi mamanya kerana memaksa Bell untuk berlakon. Kata Bell, dia juga ada keinginan untuk belajar ke luar negara seperti orang lain, namun hasratnya itu tidak kesampaian kerana perlu memenuhi permintaan mama.

Menang1s Bell sambil bercerita kisah lampaunya itu dan mama Bell juga ada menyebut, Bell anak yang cerdik. Namun ini lah hikmahnya kerana des4kan mama lah Bell berada di tahapnya pada hari ini. Sesungguhnya seorang ibu lebih tahu mana yang terbaik untuk anaknya.
Jom tonton video di bawah :
Ini pula video ketika KJ bertanyakan kepada Bell perasaan Bell ketika diumumkan sebagai Bintang Popular. Bell memang tidak menyangka dan katanya ini adalah pilihan netizen. Sempat lagi Bell mengusik KJ dengan mengatakan ‘ Maaf cakap, Malaysia memilih ‘. Ad0i Chief KJ terkena kali ini, haha.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Pengalaman pernah susah dan pengalaman struggle masa Bell kanak-kanak ke remaja mmg pengorbanan paling bermakna dalam hidup Bell. You deserve it.. ”
” Memang Bell pernah cerita dekat program ‘Keringat Selebriti’ pengorbanan dia.. Mak Bell mmg btol2 strong laaa… xnang1s langsung since malam ABPBH tu… tabah naw tahan air mata.. ”
” Sebak dengar Bell meluah perasaan.. naluri ibu sentiasa benar. Alhamdulillah doa ibu memang terbaik. Menangi1 dlm kete td.. Da la odw nk pi meeting… Fuhh bell bell.. ”
” 1st time tengok bell nang1s… auto sed1h.. sebab Bell saya kena touchup mekap semula. Mak kan, dia tahu mana yang terbaik untuk anak-anak. Pengorbanan Bell berbal0i.. ”
” Ni baru betul rakyat memilih haha.. Ayat last bell tu Rakyat Malaysia terbahak aku ketawa.. terbaik Bell.. Emosi aku lak tingtong ni, kejap sed1h, pastu ketawa terbahak dengar Bell dengan KJ tu.. ”
” Yak yak yeah.. tahniah bellngasriofficial .. Rakyat malaysia memilih anda.. satu Malaysia undi.. Yak Yak Yeahh.. ”
” Chief KJ pun tergelak dengan ayat Bell ni. Ad0i Bell, Rakyat Malaysia memilih ye hehe.. ketawa besar KJ haha.. ”

Ada sayu, ada gembira bercampur baur emosi semua yang mendengar Bell di konti hari ini. Apa-apa pun, Bell sudah berjaya membuktikan dirinya berbakat dan ramai yang sayangkan Bell. Semoga rezeki Bell semakin melimpah ruah selepas ini dan kekal merendah diri sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot Fm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

