Artis / Selebriti
” Dulu nak keluarkan satu perkataan pun susah, sekarang full ayat Sethy bagi.. ” – Komen Netizen
Video Perbualan Shila Amzah Bersama Anaknya, Seth Uwais Buat Ramai Terhibur. Alahai Petah Sungguh Seth Sekarang. Part Alasan Seth Tak Bagi Papa Ubai Main Kereta Kontrol Dia Tu Kelakar. Part Seth Cakap ‘I Love You Mama’ Tu Pula Sweet Sangat. Alahai Touching !!
Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan perbualan Seth Uwais bersama ibunya, Shila Amzah dan Papa Ubai telah meraih perhatian ramai. Seth kini sudah petah berkata-kata dan boleh berkomunikasi dengan baik.
Sebelum ini, Shila pernah berkongsi akan masalah yang dihadapi oleh Seth yang lewat bercakap atau speech delay. Kemudian Seth pula disahkan sebagai Mild Autism. Namun siapa sangka, Seth kini sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik.
Seth bukan sahaja petah bercakap, malah boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pastinya perkembangan Seth kini amat menggembirakan Shila selepas Seth menjalani beberapa sesi terapi sebelum ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Seth juga tidak pelat ketika bertutur dan dapat didengari dengan jelas setiap perkataan yang disebut olehnya. Wah, nampak bijak sangat.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat perkembangan Seth. Antara komen-komen yang diberikan :
” Dlu nk kuarkn satu perktaan pon susah, skrg full ayat sethy bg. Congrats boy.. gud job papa mama.. Comel lah dia,pandai bercakap.. “
” He’s understand both bahasa bagusnyaaaaaaaaaa.. and can answer all of them.. proud.. Nak pegi depulze aunty pun suka pegi situ.. “
” Wow his understanding and response is brilliant…. Seth is very smart, intelligent and adorable boy. Keep it up sayang aunty. Love u so much…… stay safe and take care… “
” Aunty bila org ckp english, trus jadi 1 way communication.. X reti nk balas.. Lagi bijak seth ni.. tp dia betul2 x nampak mcm anak autisme.. “
” Hanya pakar YG blh menilai.. Alhamdulillah Shila bersabarlh… jg ank syurga Ni dgn baik.. encemnya Seth.. Handsome & brilliant.. “
” Alhamdullilah Sampai Hari Ni Suka Sangat2 Dengar Dia Bercakap Sebab Suara Dia Merdu.. mummy jgn tanya byk2 ehhhh.. “
” Mcm anak sy dulu suspect mild autism tapi last2 check tak jg…he just exactly like seth very clever and fluent talking. same age jg.. “
Semakin banyak perubahan positif yang ketara pada diri Seth kini setelah menjalani sesi terapi pada setiap minggu. Semoga Seth Uwais membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta berjaya dalam kehidupannya kelak. Harap selepas ini akan ada banyak lagi perkongsian mengenai Seth.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Seth Uwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

