Artis / Selebriti
” Lama betul loading nak tangkap lagu apa yang dia nyanyi. Aduhai bertabah lah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Suami Afifah Nasir, Syed Hariz Sedang Menyanyi Karaoke Buat Ramai Terhibur. Alamak, Menyanyi Ke Membaca Lirik Tu, Berdekah Semua Kat Situ Gelak. Bak Kata Afifah, Dah Macam Anuar Zain Versi Shopee. Lawak Lah, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Afifah Nasir, telah dikongsikan video yang memaparkan Afifah bersama suami serta ahli keluarga yang lain mengisi masa bersama berkaraoke. Menerusi video itu, telatah suami Afifah iaitu Syed Hariz sedang menyanyi telah mengundang tawa warganet.
Manakan tidak, gaya Hariz menyanyi salah satu lagu milik Anuar Zain bertajuk Sedetik Lebih seperti sedang membaca lirik mencuit hati ramai. Ada warganet berseloroh mengatakan mengambil masa agak lama untuk tahu lagu apa yang dinyanyikan oleh Hariz. Bukan itu sahaja, kedengaran suara ahli keluarga lain turut ketawa mendengar nyanyian Hariz.
Selepas itu, video tersebut memaparkan Afifah sedang menyanyi sebuah lagu daripada Ziana Zain bertajuk Anggapanmu. Ramai yang tak menyangka yang Afifah mampu membawa lagu itu dengan baik sekali dan mendapat pujian ramai.
Seloroh Afifah di ruangan kapsyen dengan menulis yang dirinya dan suami adalah Anuar Zain serta Ziana Zain daripada platform e-dagang, Shopee. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Afifah telah menerima ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian video oleh Afifah ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lama betul saya loading nk tangkap lagu apa yg dia nyanyi.. Adoihaii bertabah lah.. Paling tak tahan, semua orang berdekah dengar dia nyanyi.. “
” Hahahahaaha, laki dia nyanyi macam membaca pun adaa… Pipah nyanyi btul² dah level penyanyi, nmpak dahhh bakat terpendam pipah selalin jadi pelakon.. “
” So sporting ya.. Just nyanyi saja as long as you can hear your voice coming from your mouth.. Enjoy all of you guys.. Hahahaa.. “
” Aku tertanya2 laki dia nyanyi lagu apa wey hahaha.. Ziana Zain boleh terima dari shopee tapi Anuar Zain tu mungkin dari Temu sbb apps baru lagi tak berapa nak legit.. “
” Ni mesti kena paksa nyanyi.. Mahu tak mahu kena juga lah nyanyi.. Hahahaa hampir tertido kite dengar tau.. Ingatkan tengah syair td.. “
” Tu nyanyi ke baca lirik lagu.. Apepun sy tetap fokus ratu gelak nii, sy pun join sekali gelak.. Sabar lah, lelaki memang susah nk nyanyi, haha.. “
” Laki dia versi shopee.. Tp Afifah versi amazon.. Power juga suara dia.. Penghayatan dia nyanyi memang no syatuuu lah.. Fuhh tak sangka Afifah ada bakat nyanyi.. “
Berdekah ahli keluarga yang lain gelak ketika mendengar Hariz menyanyi. Berbeza sekali dengan cara Afifah yang menyanyi dengan begitu baik. Apa-apa pun, ini hanya hiburan semata-mata. Diharap semua pembaca turut terhibur dengan perkongsian ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG afifahnasir93
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar