Connect with us

Artis / Selebriti

” Diorang tengok diri sndiri pun diorang gelak, apatah lagi kita yang tengok, haha.. ” – Netizen

Video Telatah Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan, Roy Azman Dan Jatt Ali Di Sidang Media Travelawak Projek Bapak Bapak Musim Ke 2 Buat Ramai Terhibur. Part Tok Ram Menyakat Datuk Jalal Tu Kelakar. Sempat Lagi Tok Ram Ni, Haha !!

Umum mengetahui program Travelawak Projek Bapak-Bapak  mengandingkan artis legend dalam dunia hiburan iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali. Gelagat empat selebriti ini membuatkan ramai yang terhibur.

Walaupun ada antara mereka kelihatan begitu serius ketika muncul di kaca TV, namaun mereka sebenarnya seorang yang sangat periang dan kelakar. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Zon Lawak telah dikongsikan video-video sekitar sidang media Travelawak Projek Bapak-Bapak Musim Ke 2.

Menerusi video tersebut, kelihatan Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali  hadir pada sidang media. Selain itu, turut dikongsikan video memaparkan keempat-empat mereka sedang menonton tayangan Travelawak Projek Bapak-Bapak.

Ketika sidang media berlangsung, Tok Ram juga sempat menyakat Datuk Jalaludin dan berkongsi cerita saat mereka bersama-sama menyertai program. Sehingga kini, video-video telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video-video ini. Antara komen-komen warganet yang menarik adalah :

” Bestnya tgk geng2 bapak nie. Nielah otai masih berbisa dan relevan..  Diorang tengok diri sndiri pun diorang gelak, apatah lagi kita yang tengok, haha.. ” 

” Best cite ni.. Lawak.. Mesti tgok lagi, hehee.. Yang hari tu pun tak terlepas episod, semuanya tengok..  Memang geng bapak bapak sempoi.. “

” Tok Ram sejak join projek bapak2 ni nmpk dia “loose” sikit…  Kalau tak bkn senang Tok Ram nak senyum apa lg nak gelak.. “

” Yahuuuuuu bestnya.. Dorang ni dah otai otai sebenarnya lawak g1ler arrr.. Kita tengok pun penat gelak tau.. Hehehe sempoi je.. “

” Kalau first season dah kelakor…. Ni pulak season 2… Mana pulak diorang pegi yerrr… Korea kot.. Tak sabarnya nak tengok.. “

” Tok Ram memang kalau tak menyakat Tok Jalal memang tak sah.. Ada ja dia nk kata dekat Tok Jalal, hahahaa muka Tok Jalal pun tahan gelak je.. “

” Tak sabar nak tengok.. Aku tengok empat2 orang ni ketawa, aku pun join sekali ketawa walaupun entah apa yang dorang ketawa, haha.. ” 

Nampaknya ramai yang tak sabar untuk menonton program Travelawak Projek Bapak Bapak musim ke 2.  Seronok tengok reaksi masing-masing ketawa menonton telatah mereka menerusi tayangan program tersebut. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan program ini yang akan bermula pada 2 November nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG zonlawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT