Artis / Selebriti
” Dia seorang suami yang malas nak panjang, kalau saya merajuk.. ” – Amira Othman
Video Amira Othman berkongsi mengenai keperibadian suaminya, Fattah Amin buat ramai teruja. Wah bagusnya Fattah, sweet sangat. Fattah pun turut kongsikan tentang Amira juga. Pasangan yang saling melengkapi..
Diam tak diam sudah sebulan Fattah Amin dan Amira Othman sah bergelar pasangan suami isteri. Meninjau di akaun Instagram milik Radio Era, telah dikongsikan beberapa video sekitar majlis The Garden Of Love Fattmira yang diadakan pada hari ini.
Menerusi salah satu video yang dikongsikan, memaparkan Amira ada berkongsi mengenai keperibadian Fattah setelah bergelar suaminya. Kata Amira, Fattah seorang suami yang sangat bertoleransi, pemaaf dan seorang yang tidak pernah berkira.
Bukan itu sahaja, kata Amira lagi, Fattah seorang yang pandai memujuk dan tidak suka memanjangkan sesuatu hal dan cepat menyelesaikan jika Amira merajuk. Amira menyifatkan Fattah seorang suami yang sangat tenang. Di akhir kata Amira, dia juga turut mendoakan segala kebaikan Fattah akan dibalas oleh Allah.

Manakala video kedua pula memaparkan Fattah pula bercerita mengenai Amira. Kata Fattah, Amira seorang yang sangat beradab dan sopan. Dalam masa yang sama, Fattah juga memuji Amira sentiasa mendahulukan dirinya sebagai seorang suami kerana apa yang dilakukan oleh Amira pasti Amira akan meminta kebenarannya dahulu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai dengan apa yang dikatakan oleh Amira tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Happy sangat tengok pasangan ni.. Semoga jodoh keduanya sampai akhir hayat, bertemu kembali sekeluarga di syurga.. “
” She’s love & respect her husband truly .. Amira ni mahal dgn personalitynya yang terbaik.. Kita dengar dia cakap pun rasa nyaman je.. “
” Ya Allah so touching & blushinggg nye.. Nampak masing-masing sangat bahagia dengan kehidupan baru mereka.. Semoga bhgia smp syurga fattmira amin.. “
” Yg kedua kali tu mmg selalunya bahagia.. Semoga bahagianya korg ni hingga ke syurga ya. Aamiin.. Suka sgt tgk korg.. “
” Fattah.. Yang pertama jadikan pengalaman,, Yang kedua bia berkekalan ke syurgaaaa.. Moga baik baik aje untuk fattah Dan amira aamiin aamiin yra.. “
” Suka la tgok pasangan ni.. Rasa kita pun nak puji suami kita.. Walau akak dah 15 tahun kahwin rasa mcm nak bercinta balik sweet2 dengan suami kita.. Semoga perkahwinan amira dan fattah berkekalan hingga ke jannah.. “
” Alhamdulillah.. Semoga Fattah dan Amira sentiasa berada di bawah pandangan kasih sayang dan lindungan dari Allah..”
Alahai sweet sungguh pasangan pengantin baru ini berkata-kata. Ramai yang tumpang gembira melihat Fattah dan Amira begitu bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina mereka. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga hubungan rumah tangga pasangan ini akan terus mekar bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen

