Artis / Selebriti
” Dia pun name tag dekat kepala, ada hati nak style kan tudung kawan, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Kak Lina Pom Pom menjadi hijab stylist buat warganet terhibur. Adui Kak Lina, lain macam style tudung tu eh. Bergegar-gegar video, tukang rakam pun tahan ketawa tengok gelagat masuk air Kak Lina, haha..
Pemilihan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sebagai duta Jakel untuk tahun kedua satu pilihan yang terbaik. Kak Lina seorang yang selalu positif dan menceriakan suasana. Banyak video promosi Jakel yang dihasilkan oleh Kak Lina bersama duta-duta lain menarik perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu lagi video terbaru untuk promosi Jakel. Kali ini, Kak Lina berlakon menjadi seorang hijab stylist untuk salah seorang staff Jakel. Gaya Kak Lina menggayakan tudung untuk staff tersebut mengundang tawa warganet.
Gaya seakan profesional, namun hasil akhir style tudung itu begitu mencuit hati. Fesyen tudung yang digayakan oleh Kak Lina sendiri pun membuatkan warganet terhibur melihatnya. Nametag tudung di dahi, yang bukan-bukan sahaja fesyen tudung Kak Lina.

Tidak setakat itu, selesai sahaja menyiapkan tudung staff itu, Kak Lina berjalan ke hadapan sedikit demi sedikit seperti ingin melihat penampilan staff itu sempurna atau tidak dengan hasil tangan Kak Lina. Kelakar sungguh gelagat Kak Lina, tak boleh cari makan hijab stylist yang lain kalau Kak Lina menukar kerjaya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia pun name tag kat kepala ada hati nak style kan tudung kawan. Haahhahahahahah. Kepom ni xpernah x lawakk.. “
” Adoiii kakak aku satu ni… suka tau wat kita ketawa. best2 kita suka sis.. murah rezeki sis.. dia kannnnnn memang no syatu betul.. “
” Org yg rekod tu pun terketar2 tahan gelak haha.. Dh pedajal orang pandai pulak dia nk larikan diri cara halus ye.. “
” Kepom ni kan kalau tak gila2 bukan dia haha.. Xbuat hal xsah kakpom2 ni haha.. Korang xnk try ke style tudung k lina gni.. “
” Kak linaaa tampor gak… Hebat benor.. Tengok level sea level.. jgn pelik kalau lpas ni pgantin request pakai tdung camtu.. “
” Haduiiiii.. Tang part ni.. Memang winnnn.. I love you lah kpomm.. Tolong buat video tutorial tudung tu… macam elok je kak lina.. “
“Rabun dekat ke kaklina oii sampai jauh sgt kena tgok tu bru jelas.. yg pegang camera ni dah goyang2 sbb xthn gelak eh hehehe tpi betul lar kot ek “org cntik, pkai cane pun tetap cantik?” haha.. “
” Habislah hijab stylist takde job lepas ni hhaaha.. Lain dari yang lain la gaya ni. Cantik nau. Ok boleh tiru.. “
Bak komen warganet, kalau tak lawak bukan Kak Lina Pom Pom lah. Ada sahaja idea lucu Kak Lina yang menceriakan promosi Jakel. Beruntung Jakel ada duta yang kreatif seperti ini. Apa-apa pun, semoga rezeki Kak Lina melimpah ruah dan tak putus seperti air zam-zam. Selamat maju jaya Kak Lina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

