Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia drift guna basikal je, power lah.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Achey Bocey, Nur Tiara Zinnirah Menunggang Basikal Raih Perhatian Warganet. Yang Last Sekali Dahsy4t Betul. Tiara Siap Belanja Buat Drift Lagi, Power Lah !!

Bagi yang mengikuti Instagram pelawak terkenal, Achey Bocey, pasti seringkali melihat perkongsiannya mengenai gelagat anak perempuannya iaitu Tiara Zinnirah yang suka melawak dan ‘prank’ ayahnya. Terbaru, Achey berkongsi sebuah video yang memaparkan Tiara yang kini berusia 5 tahun sedang menunggang basikal.

Tindakan Tiara membuat drift membuatkan Achey terkejut. Namun begitu, Achey sempat berkata kepada Tiara yang Tiara seorang yang hebat. Perkongsian video itu telah mendapat perhatian warganet yang terhibur dengan telatah Tiara.

Klik gambar untuk info..

Ada yang mengatakan Tiara begitu comel dan berani membuat aksi tersebut. Selain itu, ada juga menyakat Achey agar selepas ini perlu menyimpan motor-motornya kerana risau nanti Tiara akan mengambil alih disebabkan Tiara seperti ada minat dalam aktiviti permotoran.

Sehingga kini, video Tiara menunggang basikal telah menerima ratusan komen dan lebih 79 ribu tanda sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah bukan kaleng-kaleng yer skill Tiara berbasikal. Nampak Tiara sudah seperti profesional melakukan skill itu.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat gelagat comel Tiara. Antara komen-komen menarik adalah :

” Dia drift guna basikal je, power lah.. In future jadi pelumba F1 tau dikk.. Skill dah ada dah tuuu, hehhehehe dahsyat.. “

” Anak Nasir sungguh, hahahhaa.. Bapa borek anak rintik.. Padu lah Tiara.. Dah nampak masa depan budak ni memang cerah, hehee.. “

” Perhhhhhh sekali dia bagi berdesup.. Hebat2.. Kena ejas stock selipar lebih sikit tu Cey.. Nmpk byk mkn modal dkt situ, hehe.. “

” Hahahahah terkejot kita yang tengok.. Nanti drift pulak ikut ayah g solat jumaat minggu depan, hehehe… Comel Tiara.. “

” Lain macam kau Tiara, hehehee.. Betul2 power yer.. Tiara get ready harini jumaat, kalau ayah tak nak bawa g solat jumaat, Tiara naik je basikal kejar ayah.. “

” Ad0i la anak.. Tiara oh Tiara.. Awak suka menghiburkan hati orang..  Boleh simpan siap2 motor kau Achey, risau pula aku Tiara ambil alih nanti, hahaha.. “

” Berani lah Tiara, anak yang hebat.. Suka tgk connection achey gn isteri pd Tiara.. Alhamdullilah.. Semoga keluarga ini terus bahagia.. “

Klik gambar untuk info..

Wah hebat lah Tiara berbasikal. Ayah pun terkejut tengok. Boleh lah Tiara challenge Ayah selepas ini yer. Semoga Tiara terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang penyejuk hati kedua ibu bapa dan berjaya dalam jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG acheykintangkintung

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT