Artis / Selebriti
” Dato’ Vida, aku pun tak nak, kau ingat Fattah nak.. ” – Michael Ang

Video Respon Balas Dato’ Seri Vida Terhadap Michael Ang Buat Ramai Terhibur. Adoi, Macam Tu Je Michael Sound Dato’ Vida, Patut Lah Dato’ Vida Marah. Sampai Hampir Nak Terkeluar Skrin Dato’ Vida Nak Marah Michael. Memang Menjadi Lah Dua Orang Ni, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Vida, perkongsian sebuah video respon balas oleh Dato’ Seri Vida terhadap Michael Ang telah membuatkan ramai netizen terhibur. Michael Ang memberi respon apabila menonton perkongsian Dato’ Seri Vida sebelum ini yang menyebut nama Fattah Amin.
Menurut Michael Ang, bukan Fattah sahaja tidak mahukan Dato’ Seri Vida, malah Michael sendiri juga tidak ingin menjadi suami Dato’ Seri Vida. Wah, betul-betul selamba Michael mengata Dato’ Seri Vida. Tanpa sebarang tapisan lagi. Macam tu lah bila bersahabat baik.
Akibat video tersebut, Dato’ Seri Vida segera memberi respon walaupun berada jauh di luar negara. Habis segala loghat Kelantan dikeluarkan oleh Dato’ Seri Vida. Bak kata pepatah, memang bertemu buku dengan ruas untuk kedua-dua selebriti ini.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik semalam. Seperti anjing dengan kucing, kedua-dua mereka ini sememangnya apabila bergurau agak kasar bunyinya. Dalam bergaduh tetap kelakar. Jangan ambil serius, ini hanyalah sekadar gurauan mereka sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Video Michael Ang sebelum ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar respon Dato’ Seri Vida. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Orang tua² kata jangan sakan sangat membenci. Nanti berjodoh.. Jadi kijo la dua sobat nih,kaba² nikoh jgk laa lamokey.. “
” Pehey dok Michael? semoga berjodoh.. Lawok la dato’ ni dari setahun lepas lagi tok sir ko apek.. benci2 lama2 syg ni mau kawen esok2 ni.. “
” Dato..org tua2 ckp..kalau benci2 kalau gado2 ..nnti tsayang tsuka auch.. Dato Vida baik menyempat jer mengata.Takper la Dato’, kita doakan dia beroleh ketenangan dan berlapang dada.. “
” Biasa lah.. mula2 marah.. lepas tu sayang kat michaelang38. Abih bahaso klatey kluar nyaknyo la ko mike nok buleh ko pehey.. “
” Gaduh2 esok kawen jgk 2 org ni leh byg kat pelamin pun sempat lg gaduh lagu mano.. best. Pasangan bergaduh yg tak rumit. Terus- terang… “
” Laju je datoserivida nak mencelah kat fattah amin hehe .. si ang jeles sbenarnya .. dia suka dato tu … x kn dia suka fattah kot .. “
” Klakarla…buktikan kat si apek tu. Nnti DSV up satu kali vdeo dgn bang patah k.. haha best plk tgk dua2 ni. Jange duk baloh Dato’ lamo kan jd jodoh.. “
Bak kata netizen, selalu bergaduh nanti mereka pula bertemu jodoh kan. Mesti meriah rumahtangga kalau mereka berdua ni bergabung, hehe. Apa-apa pun, celoteh Dato’ Seri Vida dan Michael Ang selalu menghiburkan netizen di media sosial.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datoserivida, IG Michael Ang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen