Artis / Selebriti
” Dato’ Jalal punya kelakar makin menjadi-jadi ye sekarang. Nak challenge Bell ke tu.. ” – Netizen
Video Temubual Dato’ Jalaluddin Hassan Menjawab Isu Kemenangan Bell Ngasri Sebagai Bintang Paling Popular Raih Perhatian Warganet. Kelakar Ayat Dato’ Jalal Ni, Pandai Menyakat Tok Jalal Sekarang. Part Kenapa Tidak Berlakon Bersama Lagi Tu Kelakar, Haha !!
Sehingga ke hari ini, kemenangan Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH35 masih menjadi perbualan. Fenomena dan aura Bell itu begitu kuat dan ramai yang berpuas hati apabila Bell menang dan diangkat martabatnya sebagai pelakon berbakat sebegini.
Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual antara pelakon veteran, Dato’ Jalaluddin Hassan bersama wartawan. Dato’ Jalal diajukan soalan tentang kemenangan Bell, adakah ianya wajar atau tidak.
Dato’ Jalal mengatakan Bell memang layak diangkat sebagai bintang paling popular kerana bakatnya itu. Walaupun badan Bell kecil dan kurang tinggi, itu juga keistimewaan buat Bell. Dalam Dato’ Jalal menjawab, sempat tergelak sama mengenangkan Bell yang tak besar-besar.

Untuk makluman, Bell dan Dato’ Jalal pernah berlakon bersama ketika Bell masih kecil dahulu. Cerita Bell di ruangan kapsyennya, dia pernah ke set penggambaran bersama Dato’ Jalal dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu. Itu pengalaman yang tak pernah Bell lupakan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Bell ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Bell u deserved it… sy tak undi atas dasar simpati pon.. rasanya semua org pon bukan undi sbb simpati… sbb mmg layak pon.. nama anugerah pon paling popular… kalo tak popular mana org kenal kan.. ”
” Xda rasa simpati pun, tapi sebab memang layak dapat berbekalkan bakat & pengalaman dari kecik, 1 malaysia xda pertikaikan. Kemenangan yang patut di banggakan. Tiada unsur simpati pun.. ”
” Bell menang bukan sebab citer barkoba je .. peminat dia lihat dia membesar dari kecil sampai besar.. memang dia paling layak.. tahniah bell.. ”
” Saya rasa tiada istilah simpati atas kemenangan Bell… Bell memang cipta fenomena kali ni sebab kali ni org yg tak amik tahu pasal anugerah2 mcm ni pun turut mengundi .. Bell mmg layak menang. Kemenangan yang tiada siapa pertikai pun.. Terima kasih menghiburkan kami selama ni.. ”
” Tak pernah undi siapa2 sebelum ni . Bell org pertama saya undi seumur hidup. Saya tak undi atas dasar simpati pun. Bell mmg layak menang.. ”
” Boleh lah Bell jadi next case utk season 2 Travel Lawak Bapak Bapak mesti kelakor bergandingan pulak dengan Roy Azman.. ”
” Dato jalal punya kelakar makin menjadi-jadi ye sekarang. nak challenge bell ke tu haha.. Ucapan yg cukup padat dan bernas dari seorang legend.. terima kasih Datuk.. TAHNIAH Bell.. ”
Sempat lagi Dato’ Jalal menyakat Bell ye, menjadi-jadi pula kelakar Dato’ Jalal sekarang. Apa-apa pun, pandangan Dato’ Jalal padat dan Bell memang selayaknya bergelar Bintang Paling Popular. Semoga rezeki Bell terus melimpah ruah dan mendapat banyak lagi kejayaan selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira

