Artis / Selebriti
” Dari kecil Hadie diajar arwah ayahnya untuk meratukan ibu, menghormati wanita.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Hadie Elfardie menyantuni ibunya, Ina Naim raih pujian ramai. Masya Allah, bagusnya cara Hadie melayani Ina. Sejuk perut Ina ada anak seperti Hadie ni, hebat hasil didikan arwah SS. Untuk siapa yang kahwin dengan Hadie nanti..
Hadie Elfardie satu nama yang semakin hari semakin menjadi sebutan warganet. Penglibatan Hadie dalam program realiti Talk To My Manager (TTMM) memberikan impak yang besar dalam kehidupan Hadie. Bakat nyanyian Hadie menaikkan namanya dan Hadie antara bintang TTMM yang banyak mendapat show.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleTOP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hadie sejurus sahaja selesai rakaman program hiburan terkenal MeleTOP baru-baru ini. Hadie ditemani oleh ibunya, Ina Naim ke studio MeleTOP.
Dapat dilihat, Hadie laju menuju ke arah Ina dan mengambil beg yang digalas oleh ibunya itu. Tidak hanya beg galas, handbag Ina juga Hadie yang bawakan. Cara Hadie meratukan ibunya itu membuatkan ramai di kalangan warganet merasa kagum dan bangga.

Pepatah ada mengatakan, melentur buluh biar lah daripada rebungnya. Semuanya ini hasil asuhan ayah Hadie, arwah Suhaimi Saad yang selalu menunjukkan kepada anak-anak cara melayani ibu dengan baik. Segala kebaikan dalam diri Hadie pastinya membanggakan hati Ina sebagai seorang ibu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suka tengok Hadie always utamakan ibu.. anak yang baik.. sbb tu dia layan oda mctu.. dh memng dididik menyayangi wanita.. auto dgn pompuan dia jdi caring.. “
” Hadie ni sangat family man.. untung ina.rezeki anak first lelaki. Aturan Allah Tu hebat.kehilangan suami saat ank bujang.pengganti Ada org Jaga ina.. “
” Suka tengok dua beranak ni.. so humble dan sejuk mata memandang.. siapa jadi isteri Hadie beruntung sangat.. macamana Hadie meratukan ibu, macam tu lah dia akan layan isteri nanti.. “
” Sebak tgok layanan hadie kat ibunya.. saya ada ank lelaki 4 org,smoga ank sy baik budi bahasa seperti hadie.. Alhamdulillah Hadi tidak bagi ibunya angkat barang, anak yang soleh.. “
” Masha Allah bagusnya Hadie.. Hebat didikan arwah SS pada anak-anak. Dr kecil dia di ajar arwah ayahnya utk meratukan ibu,menghormati wanita.. jd nya,itu kebiasaan bg Hadie.. “
” Sukanya tgk hubungan mereka berdua, termotivasi sy utk perbaiki diri sy sebagai ibu mudahan anak2 besar nnt hubungan indah mcm ni.. ikon anak muda, menyantuni ibu tanpa lelah.. “
” Itu penting didik anak dengan didikan iman dan taqwa, akhlak terdidik sekali.. tumpang bahagia tengok 2 beranak ni, sejuk mata memandang.. “
Baik akhlak anak teruna Ina dan ini adalah hasil yang Ina tuai hasil asuhan dan didikannya bersama Suhaimi untuk anak-anak. Semoga Hadie akan sentiasa menyantuni ibu seperti ini sampai bila-bila dan menjadi anak yang soleh untuk kedua orang tuanya. Ikon anak muda yang boleh dijadikan contoh, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

