Artis / Selebriti
” Dalam perut muka Ryzal, dah keluar muka Maryam.. ” – Ryzal Ibrahim
Perkongsian Ryzal Ibrahim wajah anak keduanya yang baru lahir raih perhatian warganet. Wah memang sebijik muka Maryam yang ni. Mata besar, kening macam Omma, kulit pun putih kemerah-merahan. Comel sangat..
Semalam Ryzal Ibrahim telah pun memaklumkan kepada semua menerusi media sosialnya mengenai berita gembira isterinya, Maryam You Narae telah pun selamat melahirkan anak kedua mereka. Ianya disambut dengan gembira oleh semua pengikut Maryam dan Ryzal.
Lebih bermakna, anak kedua mereka ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Maryam. Menerusi perkongsian terbaru Ryzal di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ryzal sedang memangku anaknya itu. Ryzal bercakap-cakap dengan si kecil itu dan bertanyakan siapakah namanya.
Tulis Ryzal di ruangan kapsyennya, anaknya ini ketika di dalam perut kelihatan seperti Ryzal hasil 5D scan tetapi apabila sudah lahir rupanya lebih seiras wajah Maryam. Tentunya warganet masih ingat ketika Maryam berkongsikan gambar imbasan bayi mereka dan jelas kelihatan hidungnya seperti Ryzal.

Menerusi video ini, wajah penuh si kecil ini ditunjukkan. Kata Ryzal, hanya hidung sahaja yang mengikut appa, manakala selebihnya mengikut Omma. Bayi ini memiliki mata yang bulat dan kening yang cantik sama seperti Maryam. Kulitnya juga gebu dan putih kemerah-merahan. Ini memang betul-betul anak Korea.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ryzal ini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MashaAllah sebijik muka Maryam.. comel sangat lah awak sayang.. Semoga menjadi anak seolah penyejuk hati ibu ayah.. “
” Nanti rakam saat2 pertama kali rina bertemu adiknya… nk tgok reaksi rina mcm mne.. mesti comel.. “
” Boyyyyy mesti lah muka ommaaa.. ank laki mesti ikut muka mama.. baru sejuk.. snang nk didik nanti.. “
” Biasa anak kedua ni ikut muka mama.. sihat2 selalu nak.. too precious.. Handsome baby boy.. “
” Iyee lah muka Maryam, betol2 kembar mak nya nie.. ni baru betul korea selatan mix Korea+kelantan.. “
” Sebjik maryam.. maryam versi boy, comel sangat dia.. muka rina pun ada ni.. super cute.. handsome ni korean boy nanti.. “
” MasyaAllah.. SubhanAllah.. kuasa Allah, yerlaaa dlm perut muka appa, keluar2 muka omma.. MasyaAllah… happy x maryam?? Hahahaha aku plk yg sebak k.. “
Comel sangat adik Rina ini, tentu Rina juga tidak sabar untuk bertemu dengan adik. Betul kata Ryzal, baby mereka ini mirip dengan wajah Maryam. Tercapai impian Maryam mahukan anak bermuka Korea. Tentu jadi rebutan ramai apabila besar nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak dengan bapa sedap suara mantap. Suara Thalita macam suara arwah ibunya.. ” – Komen Netizen

